Kepada pengumpul jam tangan G-Shock, mungkin korang perlu masukkan model terbaru ini dalam senarai wajib beli korang. Casio G-Shock Rangeman GPR B-1000, model G-Shock terbaru keluaran Casio dengan ketahanan bateri selama 29 bulan. *sekiranya tidak menggunakan fungsi GPS.
Lahir dalam kategori adik beradik G-Shock Rangeman, keupayaan jam tangan ini melebihi batas model-model Rangeman yang sebelumnya. Ia dilengkapi dengan fungsi GPS Navigation, Backtrack – yang membolehkan paparan semula navigasi titik permulaan pengembaraan seseorang dengan menggunakan data trek, pengecasan tanpa wayar (wireless charging) dan solar, penyambungan pintar Bluetooth kepada telefon pintar, altimeter, barometer, dan juga termometer.
Selain daripada itu, G-Shock Rangeman GPR B-1000 ini juga kalis lumpur, tahan sejuk, dan yang menariknya kerana ia menyediakan fungsi pengecasan tanpa wayar, ia dilengkapi dengan penutup belakang seramik yang menawan.
Menurut Casio, jam tangan pintar G-Shock Rangeman GPR B-1000 kalis air sedalam 200 meter ini akan mula dijual pada bulan April kelak pada harga $800 (anggaran harga dalam RM3200) dan ia didatangkan dengan 2 pilihan warna; hitam dan hitam hijau lumut.
Jadi, sekiranya korang ingin menjadi yang pertama memiliki jam tangan ini, masih berbaki 2 bulan lebih untuk korang penuhkan tabung masing-masing. Sempat ke tak sempat? Hee
HOIH. LAGI BAPAK MAHAI!!!
Ok ape. Boleh lasak. Nak beli yang smartwatch lain jatuh sikit pecah, manja betui. Guna pulak untuk terima notification je. Boring
gdabak besar plak kat tangan..haha..mcm ada ketumbuhan plak kalau pakai
Pehh, harga macam set2 jam Suunto n Garmin je ni hehe
Perghh ….!! Smart stylo laaa… Geng minat jam gini