G-Shock Pilihanku

Aku memang pengumpul jam tangan, dah bermacam jenis jam aku ada. Yang paling banyak jenis Casio dan dalam jenis Casio tu pulak, G-Shock adalah jam kegemaran.

Koleksi G-Shock

Bagi aku, jam G-Shock ni ada banyak kelebihan. Selain tahan lasak ianya juga stylo. Nak pakai kemana-mana pun sesuai.

G-Shock pertama, casing luar dah barai. Tetapi masih tahan. Cuma bateri je dah habis. Beli tahun 2009
G-Shock pertama, casing luar dah barai. Tetapi masih tahan. Cuma bateri je dah habis. Beli tahun 2009 dan pernah terlibat dalam kemalangan. Korang boleh nampak kesan calar pada skrin.
G-Shock Gulfman
G-Shock kedua. Siri Gulfman, beli pada tahun 2010 masa dapat bonus dulu. Still cantik dan bateri pun belum pernah tukar.

Nak dijadikan cerita.. Malam semalam masa pergi ke Sogo KL, aku langkah kanan. Isteri bagi hadiah jam, dapat satu lagi siri jam G-Shock yang berwarna hijau sebagai tambahan kepada koleksi jam sedia ada.

Alhamdulillah rezeki. Memang suka sangat-sangat. Tambahan pula jam warna hijau ini adalah jam pertama aku yang warnanya agak funky. Sebelum ini semuanya warna agak formal. Hehehe.

p/s: Bagi aku harga G-Shock kena pada harganya. Sekali beli boleh pakai bertahun-tahun.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 15 Comments

    Leave a Reply
    1. Sepupu aku beli yang ada bluetooth kat Vietnam.. Shape macam kaler hijau hang punya tu, tapi dia punya kaler gold. Lebih kurang RM500 duit Malaysia. Berkenan betul aku. Sebab durability dia tinggi.

    2. warna hijau tu menarik, nampak muda jiwa pemakainya…
      walaupun wife belikan supaya lakinya nampak muda tapi jangan nak noti2 nanti kena tido luar…haha

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar