in

Fungsi Tersorok Samsung Galaxy SIII – Screenshot


Haa..Tu dia. Sebelum ni mati-mati Hafiz ingatkan Samsung Galaxy SIII yang baru dibeli ni kena install third party application untuk membolehkan kita screenshot display. Siap bagitahu Bro Framestone, kot-kot la dia tau mana nak cari application yang sesuai. Rupa-rupanya memang dah tersedia cara yang super senang. Samsung memang dah sertakan sekali built-in screenshot function untuk model terbaru diorang. Terbaiklah Samsung. =)

Ok. Caranya macam kat bawah.

Cara pertama (hidden function):

  1. Tekan button Home (tengah) dan Power (On/Off) serentak dalam 2 saat, sehingga korang nampak dan dengar gambar display ditangkap. Siap!

*Semua gambar display yang di screenshot akan automatik diletakkan dalam folder “Screenshots” didalam Gallery

Cara kedua:

  1. Pergi ke Menu > Settings
  2. Pilih Motion
  3. Didalam tetapan “Hand Motion“, sila tandakan kotak “Palm swipe to Capture
  4. Sekarang menggunakan tapak tangan (tapak tangan tu dalam kedudukan berdiri macam nak karate papan) atau pun jari telunjuk (ratakan atas skrin), gerakkan dari KIRI ke KANAN atau pun KANAN ke KIRI.

Akan keluar satu jalur putih yang bergerak mengikut gerakan yang korang lakukan tadi dan bunyi gambar ditangkap kedengaran. Siap!

*Juga sama. Gambar secara automatik akan dimasukkan dalam galeri.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

22 Comments

Leave a Reply
  1. hehe..nasib baik handphone aku tak canggih lagi ni..kalau dah canggih dah boleh cuba dah ni..hehehe… bila la nak upgrade….

  2. salam ziarah

    Kadang-kadang teringin nak tukar hp canggih..tapi tak tau guna baik tak payah kan sebab payah nak faham mcm mcam yg ada kat situ..akak cuma pandai sms, call dan received call ajer

Leave a Reply to donnyien Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *