Dah jadi kebiasaan blogger-blogger untuk download theme blog masing-masing. Kali ni aku fokus kepada blogger-blogger WordPress, biasa kita tengok theme WordPress ada premium (yang mahal gilos) dan ada juga yang free. Biasanya blogger-blogger baru cenderung untuk download theme-theme yang free.
Bagi diorang, buat apa perlu bayar mahal-mahal untuk satu coding theme betul tak? Ok. Tak salah pun sebenarnya. Even Hafiz sendiri pun guna free theme. Tapi sebelum kita guna free theme tu, secure ke “free” theme yang kita download tu. Kalau ikut logik akal, takkan la sesorang tu penat-penat perah idea buat satu benda tanpa mengharapkan balasan. Kan?
Kat sini biar aku share untuk sesiapa yang tak tahu. Kalau dah tahu, nak baca pun boleh. Kebiasaannya free theme yang berlambak dalam search engine result tu, mempunyai hidden link.
Hidden Link tu apa?
Link atau kod yang disembunyikan secara sengaja dari pandangan mata kasar dan diletakkan kedalam blog yang menggunakan free theme tersebut. Boleh didatang kan dalam CSS code, penggunaan tag , warna teks yang sama dengan background blog atau size text yang terlampau kecil.
Google memang tak suka dengan hidden link. Sekiranya didapati hidden link dalam sesuatu blog tu, possibility untuk blog tersebut diremovekan dari search index memang terbentang luas macam jelapang padi.
Sudah semestinya bila blog dah diremovekan dari search index, earning advertisement makin ciput dan Page Ranking blog jatuh. Adoi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lagi mengerikan bila hidden link ni juga boleh menyebabkan blog kita kena hack. Kalau tak buat backup, boleh nangis tau.
Untuk make sure theme yang kita install selamat dari hidden link ni. Korang boleh pakai plugin TAC (Theme Authenticity Checker). Direct install or kalau nak gunakan FTP, just drag file masuk dalam public_html > wp-content > plugins. Then activate macam biasa.
Once dah activate, plugin ni akan berada dalam Appearance > TAC. Ia akan automatic scan theme-theme yang dah pernah korang install. Sekiranya ada hidden link, akan dipaparkan sekaligus.
Hijau menunjukkan theme itu clean daripada hidden link. Cuma kadang-kadang ia mempunyai statik link yang tak memberikan apa-apa kesan, selain kredit semata-mata kepada owner theme tu sendiri.
Pink “Encrypted Code Found!“, menunjukkan adanya hidden link yang kurang ajar. Just delete theme tersebut, cari theme lain.
bahay tul lah dah google reject pas tu kena hack pulak..
banyak sangat mudaratnya bro kalau guna yang free ni. memang patut dielakkan.
betul tu.. setuju 100%. ada banyak plugin utk check theme ni. blh juga guna plugin theme-check, fungsinya sama ngan TAC. wordfence juga boleh scan malware. saya baru jer terkena malware yang agak kronik. bila scan rupanya theme yang saya pakai selama ni ada hidden code. padahal theme tu ambik drp wordpress punya theme collection tu. bukan ambik semberono kat google search. dua minggu jugak blog saya lumpuh..
so beware!!!
baru tahu tentang wordfence, thanks for d info bro.
Yg free tu terus cari kat database wordpress. Yg crack2 ni den tak berani nak guna..
betul2…takut ada hidden link
lagipun,ada backlink yg kadang2 was2 kat footer =)
Mmg nak kena check betul. Plugin tu mmg cukup membantu…
thanks bro berkongsi…ambe juga ada berkongsi entri pasal ni..bolehlah bro jenguk2 =)
insha Allah akan jenguk ke blog bro. 🙂
thanks .. peringatan untuk saya sebab suka bereksperimen dengan theme percuma.
Bahaya juga guna theme free ni kan…unless dari theme dari WP sendiri secure sikit rasanya kan..terima kasih sharing info berguna ni..
kadang2 ada dari WP sendiri pun tak secure kak..hehe
bab hidden link tu..kira normal la. haha..
jenuh nak mengedit tiap kali tukar theme free..hehe
kadang-kadang bukan setakat hidden link je..ada code yang dia masukkan untuk senang hack..
bahaya kalau macam tu..hilang kat serp..traffik pun memang tak dapatla..
wah bahaya?
Mati lah saya.