in

Free hosting untuk wordpress


Biasanya orang selalu cakap, kalau nak ada blog melalui WordPress.org kena ada duit. Sebab kita kena beli hosting, beli domain. Sebelum ni pun aku selalu fikir macam tu jugak. Sampai kan terpaksa batalkan dulu niat untuk ada blog wordpress sebab sayang duit nak beli hosting. Hehe.

Hosting free

Tapi sebenarnya ada cara untuk kita guna self hosting sendiri secara percuma. Korang boleh try search “free php and mySQL hosting“. Bersepah-sepah hosting free akan disenaraikan. Korang cuma perlu filter provider mana yang menepati citarasa sendiri. Aku sarankan korang guna hosting dari 000webhost. Sebab hosting percuma yang ditawarkan oleh mereka mempunyai advantage dari segi storage dan bandwith.

Tapi perlu diingatkan, hosting free ni bukan macam hosting berbayar. Ada certain function di nyah aktif kan, so fungsi cPanel yang diberikan agak terhad. Kiranya free hosting ni bagus untuk beginner yang berjinak-jinak dengan system WordPress.org.

Tapi nak berjinak-jinak pun, kena lah tahu jugak kan macam mana nak install WordPress bagai. Ianya tak susah, tapi tak juga terlalu senang.

So kalau ada yang berminat nak belajar pasal WordPress, boleh roger aku. Sebab aku ada je buat kelas. Dalam kelas tu jugak aku akan cover bab penulisan.

Cuma masalahnya, korang berminat ke nak join kelas? Heee


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply
    • takde masalah..cuma ade certain limitation kepada access2 tertentu..tapi kalau untuk blogging biasa2, takde prob..saya dlu pn pakai free host jugak..nak bagi biasa dengan wordpress..once dah pandai, kita cari la hosting murah2 kat malaysia ni..=)

  1. Kalau nak serius dalam blogging better dapatkan terus hosting berbayar. Saya start dengan 000webhost ni la dulu last-last traffic naik diorang terminate tanpa sebab habis semua artikel dengan traffic. Sampai sekarang kalau Google ada lagi keluar result ke alamat tu, so diorang untung dari segi traffic la sebab bila terminate traffic akan redirect ke 404 page not found yg tunjukkan iklan web hosting berbayar diorang. Submit ticket untuk mintak file backup pun diorang tak layan dan tak bagi sebab pun kenapa ditamatkan pun bila tanya auto jawab yang takde kaitan. Tak boleh buat apa kena la start dari zero balik..
    ~just my opinion la dri pengalaman sendiri~

  2. Aku pun belajar WordPress guna free hosting 000webhost.. Specs hosting yg dia bagi memang ok berbanding free hosting lain.. Tapi tak digalakkan guna hosting 000webhost ni utk blogging.. Kalau untuk belajar WordPress takde masalah..

    Belajar install WordPress guna cPanel di 000webhost.. Cara guna dia sama macam hosting berbayar cuma ada limited function.. Bila dah pandai guna boleh terus beli hosting berbayar, lagi bagus dan berbaloi..

  3. Bro first time guna benda ala nie masa nak setup website untuk projek kelas he..23x

    Dan buat sedikit duit dekat sana juga 🙂

  4. Aku mula2 dulu belajar pakai 000webhost. last2 ada duit, terus la beli yang berbayar. sekarang ni still belajar tapi dah guna yang berbayar. support un ada.. server down je terus direct tanya.

  5. salam.nak tanya. sy dh beli domain n hosting. dh try install dkt cpanel wordpress. die ckp dh sucessful. lps tu cmne nk stat tulis blog. click dkt nama website dia tulis website not available. kompiuss kompiuss.tlg..tqqqq

Leave a Reply to boni kacak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *