Biasanya orang selalu cakap, kalau nak ada blog melalui WordPress.org kena ada duit. Sebab kita kena beli hosting, beli domain. Sebelum ni pun Aku selalu fikir macam tu jugak. Sampai kan terpaksa batalkan dulu niat untuk ada blog wordpress sebab sayang duit nak beli hosting. Hehe.
Tapi sebenarnya ada cara untuk kita guna self hosting sendiri secara percuma. Korang boleh try search “free php and mySQL hosting“. Bersepah-sepah hosting free akan disenaraikan. Korang cuma perlu filter provider mana yang menepati citarasa sendiri. Aku sarankan korang guna hosting dari 000webhost. Sebab hosting percuma yang ditawarkan oleh mereka mempunyai advantage dari segi storage dan bandwith. Tapi perlu diingatkan, hosting free ni bukan macam hosting berbayar. Ada certain function di disablekan, so fungsi cPanel terhad. Kiranya free hosting ni bagus untuk beginner yang berjinak dengan system WordPress.org.
Dah dapat register hosting free? OK. Untuk next step bagaimana untuk setup wordpress, aku tak boleh nak explain dalam entry ni. Sebab stepnya yang agak panjang. So aku ada share kan panduan yang mana aku pakai masa mula-mula nak kenal WordPress dulu.
Korang boleh download panduan ni dan distribute kepada rakan secara percuma. Kredit kepada owner asal, Amanz.NET.
Tidak ada banyak problemkah jika guna hosting free begini?
takde masalah..cuma ade certain limitation kepada access2 tertentu..tapi kalau untuk blogging biasa2, takde prob..saya dlu pn pakai free host jugak..nak bagi biasa dengan wordpress..once dah pandai, kita cari la hosting murah2 kat malaysia ni..=)
Kalau nak serius dalam blogging better dapatkan terus hosting berbayar. Saya start dengan 000webhost ni la dulu last-last traffic naik diorang terminate tanpa sebab habis semua artikel dengan traffic. Sampai sekarang kalau Google ada lagi keluar result ke alamat tu, so diorang untung dari segi traffic la sebab bila terminate traffic akan redirect ke 404 page not found yg tunjukkan iklan web hosting berbayar diorang. Submit ticket untuk mintak file backup pun diorang tak layan dan tak bagi sebab pun kenapa ditamatkan pun bila tanya auto jawab yang takde kaitan. Tak boleh buat apa kena la start dari zero balik..
~just my opinion la dri pengalaman sendiri~
emm info yang berguna ni..mungkin hosting percuma ni hanya sesuai bagi orang yang baru nak RnD buat blog menggunakan self hosting.
Aku pun belajar WordPress guna free hosting 000webhost.. Specs hosting yg dia bagi memang ok berbanding free hosting lain.. Tapi tak digalakkan guna hosting 000webhost ni utk blogging.. Kalau untuk belajar WordPress takde masalah..
Belajar install WordPress guna cPanel di 000webhost.. Cara guna dia sama macam hosting berbayar cuma ada limited function.. Bila dah pandai guna boleh terus beli hosting berbayar, lagi bagus dan berbaloi..
Betul..aku guna untuk belajar set up wordpress je..lepas tu delete balik..hehe
nasihat gua. Jangan. Tak berbaloi untuk jangka masa panjang. Jangka masa pendek pun gua rasa tak berbaloi. Haha..
Skrg diorg banyak banned ip malaysia bro..sbb buat akaun just untuk belajar setup wordpress..lepas tu hilang..haha
siyes masih tak paham…huwawawaaaa 🙁
Takpe dkna..boleh personal coaching..kat starbuck je..hehe
baik belajar pakai WordPress sama ada wordpress.com atau wordpress self-hosted 🙂
Setuju. 🙂
kepada newbie WP jangan lupa gunakan..
aku masih lagi terpinga2 ni.. hahahaa. ilmu hosting ni memang memeningkan lah bro
Haha..pening ye bro..xpe, macam aku cakap kat dkna..personal coaching kat starbuck.hehe
Bro first time guna benda ala nie masa nak setup website untuk projek kelas he..23x
Dan buat sedikit duit dekat sana juga 🙂
Tu dia..projek kelas pun dah guna wp..hehe
Aku mula2 dulu belajar pakai 000webhost. last2 ada duit, terus la beli yang berbayar. sekarang ni still belajar tapi dah guna yang berbayar. support un ada.. server down je terus direct tanya.
blogspot ada tak yg free hosting?
Blogspot memang dah free hosting. Sebab tu domain blablabla.blogspot.com
salam.nak tanya. sy dh beli domain n hosting. dh try install dkt cpanel wordpress. die ckp dh sucessful. lps tu cmne nk stat tulis blog. click dkt nama website dia tulis website not available. kompiuss kompiuss.tlg..tqqqq
Wsalam. Install guna apa ye? Pakai softacolous ke? Ataupun install manual (download & upload kat ftp)? Biasanya lepas install, kne masuk dekat http://domain.com/wp-admin
Kalau tak faham, mungkin boleh add saya dekat fb. Tak berapa jelas soalan.
Bisa saya cobain nih…