Dah masuk 6 tahun bergelar bapa, banyak baju aku yang makin lama makin mengecil. Nak buat macam mana, disebabkan aku ayah mithali.. bila anak-anak tak habis makan, daddy dia ni lah yang tolong habiskan. Itu belum dicampur dengan bahagian daddy sendiri yang portionnya dua kali ganda zaman bujang. Hahaha.

Well.. tahun 2018, azam untuk kembali kurus seperti zaman kegemilangan dulu membuak-buak. Kalau ikutkan jarum penimbang mesin timbang berat, berat aku sekarang dah cecah 70kg lebih. Banding dengan zaman bujang dulu, 50kg je. Jurang perbezaan 20kg. Namun, adakah ia satu perkara yang mustahil untuk aku kembali kurus?

InshaAllah tak.

Kerana, dengan bantuan seorang kawan yang telah recommend kan aku satu produk, aku percaya matlamat yang aku inginkan itu mungkin akan tercapai.

Produk apa yang di recommend?

Ini haa.. C-TriMax. Produk yang berasaskan campuran buah markisa dan juga ekstrak buah guarana.

Untuk produk C-TriMax ini, aku tak rasa was-was macam sesetengah produk kurus lain kat luar sana. Kerana selain diluluskan KKM, fungsinya sama seperti minuman fat bunner. Tahu tak apa itu fat bunner?

Ala.. produk minuman yang orang selalu bawa pergi gym tu. Minum saja tanpa ragu-ragu untuk bakar lemak dan cairkan lemak tepu. Disamping ia juga berfungsi menambah tenaga badan, ia juga membuang sisa-sisa lama dalam usus perut. Dan of course.. kalau korang nak lagi cepat kurus, kena sekalikan lah dengan aktiviti bersenam kan. Baru lebih afdal.

Sedikit feedback selepas mencuba C-TriMax:

  • Kali pertama minum bancuhan C-TriMax, rasanya adalah manis-manis kelat. Warna bancuhan seakan-akan nescafe “O”, baunya wangi. Seriously, bagi orang seperti aku yang tak pernah tahu macam mana rasanya buah guarana dan juga markisa, memang tak dinafikan rasanya memang sedap. Mengikut pula saranan untuk minum 150ml bancuhan C-TriMax selepas breakfast, hmm.. rasa tak cukup. Macam nak buat lebih. Hahaha.
  • Kemudian, selepas minum C-TriMax.. part ni paling best. Sebabnya aku dapat rasakan perut aku yang sebelum ini asyik terasa lapar ketika tibanya waktu makan tengahari, terasa kenyang. Walaupun badan terasa “gelitik” sikit pada awal kali pertama minum, tapi waktu-waktu berikutnya boleh katakan selera nak makan tu tak muncul-muncul. Even roti yang aku standby untuk makan tengahari tak luak pun. Hehehe. **gelitik tu perkataan Terengganu, ibarat badan terasa ketar masa hari pertama berpuasa.
  • Dan, dalam tempoh sehari juga (sepanjang tempoh waktu bekerja dipejabat), air masak tak jauh dari tangan aku. Tekak cepat terasa haus, memang aku lebih kerap minum. Dibandingkan dengan sebelum ini, sebotol air masak 1.5 liter susah nak habis. Tetapi selepas minum C-TriMax.. 1.5 liter tu selamba je.

So.. dari pengalaman peribadi, memang setuju sangatlah aku dengan kesan yang positif selepas minum C-TriMax. Malam kelmarin, Prosperity Burger yang selalunya tak cukup sebiji pun boleh tak habis nak makan. So, korang nak macam mana lagi. Memang recommended la pada sesiapa yang nak kurus untuk cuba minum. Hohoho.

Diharapnya azam aku untuk lebih kurus untuk tahun 2018 akan tercapai. Bukannya apa, kesian pada baju-baju lama aku tu. Kalau aku tak pakai, bukan ke membazir namanya. Hehehe.

Dibungkus dalam sachet yang kecil dan kemas. Senang untuk dibawa kemana-mana.

Nota: Dimaklumkan bahawa C-TriMax mempunyai status Halal Malaysia dan ia juga mencapai standard Produk Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Ia selamat untuk diminum oleh kanak-kanak, orang dewasa serta warga emas. Namun, ianya tidak sesuai untuk ibu yang sedang mengandung. Sekiranya korang ingin mencuba produk ini boleh melayari laman FB rasmi mereka di Facebook.com/C-Trimax-Malaysia@ctrimaxhq di Instagram atau telefon 010-3300886.

2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini