in

Filem Pendek “Detour” Dirakam Menggunakan iPhone 7 Plus


Telefon canggih, tapi sekadar digunakan untuk SMS, WhatsApp, Facebook dan Instagram. Paling advance sekali pun, cukup dengan melakukan hotspot internet pada laptop sekiranya tiada sambungan WiFi.

Terasa? Maaf, aku sendiri pun terasa. Cuma aku agak bijak sikit sebab dapat optimize-kan penggunaan iPhone aku lebih sikit berbanding average guy. Hahaha.

Well, dipendekkan cerita.. iPhone 7 Plus. Latest model keluaran Apple. Mesti korang tak sangka dengan sebuah telefon pintar ini dapat menghasilkan sebuah filem pendek yang seakan-akan dirakam dengan peralatan filem berteknologi tinggi kan?

Pengarah terkenal berbangsa Perancis, Michael Goundry (mengarah untuk filem The Green Hornet), telah bekerjasama dengan pihak Apple untuk mengeluarkan satu filem pendek bertajuk “Detour”.

Didalam filem pendek ini, semua fungsi rakaman iPhone 7 Plus seperti slow-mo, time lapse dan lain-lain digunakan. Ditambah pula dengan angle dan jalan penceritaan yang teratur, ia boleh dikatakan filem pendek yang awesome.

Tonton filem Detour ini kalau tak percaya.

https://youtu.be/KrN1ytnQ-Tg

p.s: Korang kreatif? Telefon pintar korang power? Apa kata cuba buat filem pendek macam ni juga.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply
  1. Fuh power sangat Iphone7 nih. Dulu setaraf DSLR, sekarang buat movie macam real movie plak. hebat hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *