Kali terakhir aku ke Farm In The City adalah pada awal tahun lepas, ketika mana pada waktu itu Khair baru saja nak mencecah umur 3 tahun.
Tahun ini pula ketika umurnya meningkat ke 4 tahun, sekali lagi aku menjejakkan ke sana. Rindu nak ziarah binatang-binatang disana katanya.
Penambahbaikan di Farm In The City
Apa yang aku perasan, FITC yang sekarang lebih menarik berbanding sebelumnya.
Antara perubahan yang paling ketara iaitu dikawasan sekitar kandang haiwan berdekatan pintu masuk FITC yang kelihatan makin terjaga (tiadanya semak-semak yang meninggi) dan juga tiada bau busuk yang kuat.
Didalam FITC itu sendiri juga, bilangan haiwan-haiwan peliharaan juga makin bertambah. Dengan adanya Alpaca (spesis Llama) di dalam satu kandang baru serta beberapa spesis haiwan baru yang aku rasakan lebih banyak berbanding dulu.
Kura-kura gergasi di pintu keluar masuk Farm In The City masih menjadi tarikan utama, cuma pembaharuan disekitar tempat mereka berkeliaran dipamerkan juga telur-telur kura-kura gergasi ini yang dieramkan untuk tatapan umum.
Ayam-ayam serama?
Masih boleh dijumpai. Jika korang tak pernah merasa pegang ayam hidup, inilah masanya untuk cuba memegangnya kerana spesis ayam ini sememangnya jinak.
Untuk tempat-tempat lain seperti pet village dan longkang fishing, masih seperti biasa dimana pengunjung boleh memberi makan arnab-arnab dan juga cuba menangguk ikan dengan menggunakan jaring ikan kecil yang disediakan.
Dan akhir sekali sebelum keluar, korang akan berpeluang untuk berjumpa dengan seekor arnab gergasi yang malas bergerak. Sebesar budak berusia 2 tahun (Maaf, lupa snap gambar). Hahaha.
By the way, harga tiket masuk ke FITC ini telah dikemaskini.
Bagi seorang dewasa yang merupakan pemegang kad MyKad ialah RM32. Manakala bagi seorang kanak-kanak melepasi ketinggian 90cm ataupun warga emas, harga tiketnya pula berharga RM27.
Untuk pengunjung bukan pemegang kad, harganya sedikit berbeza. Bagi seorang dewasa harganya RM48. Manakala bagi kanak-kanak yang melepasi ketinggian 90cm ataupun warga emas, harganya tiketnya berharga RM38.
Kanak-kanak DIBAWAH ketinggian 90cm masuk secara percuma.
p.s: Salah satu sebab ia merupakan destinasi yang menarik untuk dikunjungi ketika musim cuti sekolah, kerana kerana anak-anak boleh pegang dan bermesra dengan haiwan ternakan.. kecuali ular, caiman dan biawak.. 🙂
kalau belai biawak nti tkut dimakan pulak .. hahaa
wah bagus sekali suasananya kalau di tempat sy seperti di ragunan 🙂
huhu gelila biawak, mita jauh…