in ,

Farm In The City, Kami Datang Lagi!


Farm In The City, petting zoo popular di Selangor. Siapa yang tak pernah datang ke sini wajib masukkan tempat ni dalam senarai place to go korang, especially pada family yang ada anak-anak lingkungan umur 5-6 tahun. Sebabnya, tempat ini memang happening dan menarik untuk mereka explore.

Actually bagi anak aku Khair, trip kitorang kesana ahad lepas dah dikira sebagai trip ke FITC buat kali yang ke-4. Kali pertama dan kali kedua dia pergi dengan aku, kali ketiga dia join rombongan sekolah dan kali keempat yakni ahad lepas tu la, sekali lagi dia pergi dengan aku. Hehehe.

Well.. daripada pengalaman kali pertama kitorang ke FITC sekalipun sehinggalah yang baru-baru ini, suasana dan pemandangan dalam FITC ni tak jauh berbeza. Terdapat sekumpulan kura-kura gergasi masih setia menunggu pengunjung untuk disuapkan makanan.

Ular-ular berbahaya masih lena tidur didalam bilik kaca. Kali ini pengunjung berpeluang menyaksikan kewujudan telur ular sawa.

Serius weh.. aku ingatkan telur yang terletak diatas tanah tu adalah telur replika, tapi rupa-rupanya telur betul. Buruk, berkedut macam kertas kena air.

Masih ada sangkar burung yang dipenuhi dengan pelbagai jenis burung. Ayam pun ada. Kat sini bagi budak-budak kelahiran bandar, boleh dapat first hand experience untuk bagi burung ataupun ayam makan biji-bijian.

Kemudian, kandang rusa..

Kolam ikan..

Tengok arnab..

Cuma ralat di perkampungan arnab ni sebabnya guinea pig dah berkurang. Kalau dulu, punya la banyak. Petugas kat situ bagitahu banyak yang mati. Terkejut hari-hari ramai pengunjung barangkali. Hahaha.

Kat FITC ini juga korang dapat tengok monyet terkecil di dunia, Marmoset bermuka singa. Sekali imbas muka dia macam watak Archer dalam filem Small Soldier.

Dan akhir sekali naik poney (kuda padi).

Ahaa.. tak dilupakan juga.. haiwan yang bernama alpaca, iaitu spesis adik beradik kepada unta. Mengada diorang ni, dapat layanan kelas pertama walaupun gigi jongang bawah.. tempat tinggal mengalahkan haiwan lain sebab disediakan aircond. Makhluk berbulu tebal lah kata kan. Hahaha.

By the way, kunjungan ke Farm In The City ini memang tak pernah menjemukan. Walaupun dah datang sini berkali-kali, bila dah balik rumah.. Khair dah pesan awal-awal, lain kali kena datang lagi. InshaAllah nak.. Kalau dipanjangkan umur, kita datang lagi jenguk haiwan-haiwan ni ye.

Haziq pun teruja tu.. jalan terkedek-kedek nak pegang semua haiwan, tapi realitinya bila haiwan datang dekat dia lari dulu. Takut. Hahaha

Untuk maklumat lanjut mengenai Fam In The City, korang boleh layari laman web mereka di www.fitc.com.my.

Manusia paling happy dapat pergi Farm In The City. 🙂

Ataupun untuk mengetahui harga tiket masuk, boleh rujuk dibawah.

  • Normal rate: Dewasa RM55, kanak-kanak atau warga emas RM45.
  • Untuk pemegang MykadDewasa RM37, kanak-kanak atau warga emas RM30.
  • Pakej keluarga: RM125 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak beserta cenderamata dan baucer diskaun.

Nota:

  1. Harga kanak-kanak adalah bagi mereka yang berumur 11 tahun ke bawah.
  2. Kemasukan percuma bagi kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 90cm kebawah.
  3. Warga emas adalah individu yang berumur 60 tahun ke atas.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *