Farm In The City, bukanlah kali pertama aku datang bawak family ke sini. Actually kalau kira dari awal-awal dulu sampai sekarang, trip ke FITC ni dah masuk kali yang ke-4 secara keseluruhan. Cumanya bagi Aidan yang baru je lahir waktu Covid start kecoh dan serang satu dunia dulu, maka trip ke FITC tahun ini adalah yang kali pertama buatnya.
Penerangan ringkas, FITC ni adalah sejenis petting zoo dikawasan bandar. Dimana di dalam petting zoo FITC ni terdapat pelbagai jenis haiwan ternakan yang jinak-jinak. Haiwan-haiwan seperti kura-kura gergasi, Alpaca, rusa, kambing, biri-biri, kerbau balau dan lain-lain haiwan ternakan dipelihara dalam satu kawasan mereka tersendiri yang terkawal dan pelawat dibenarkan untuk sentuh dan beramah-mesra.
Secara jujurnya, kalau korang tercari-cari tempat yang menarik untuk bawa anak-anak bercuti.. aku sangat sarankan korang bawak family datang ke sini.

Sebabnya?.. Apabila saja korang jejakkan kaki ke sini, anak-anak korang secara automatik akan lupakan gadget-gadget mereka. Hehehe
Melangkah masuk je ke dalam FITC.. anak-anak bukan saja dapat melihat sendiri betapa banyaknya kura-kura gergasi yang dibiarkan bergerak dan boleh diberi makan secara hand feed, malah anak-anak juga dapat merasai pengalaman membelai-belai bulu Alpaca, bermain-main dengan arnab, tak kurang juga bermesra dengan haiwan-haiwan ternakan yang lain yang ada disitu.


Kolam ikan kat sini.. ikan besar-besarrrrr! Gemuk-gemuk semuanya.

Nak cuba tangguk ikan dalam longkang pun bolehhhh!
Seriously, bagi anak-anak aku.. saat mereka berseronok di FITC adalah moment yang paling dinanti-nantikan. Bukan saja dinantikan oleh aku, malah anak-anak sendiri juga tak sabar-sabar nak datang ke sini. Sampaikan Haziq tu, 3 hari sebelum datang pun dah mula berbilang hari.. bilalah nak sampai ke FITC katanya. Tak sabar nak main dengan turtle. Hahaha.




Menariknya di FITC ni selain daripada haiwan-haiwan ternakan yang jinak, persekitaran dalaman juga bersih, teratur, dan dipenuhi pokok-pokok merimbun.

Pendek kata bagi orang yang kurang gemar untuk ke tempat-tempat yang panas, korang tak perlu risau berjemur dibawah panas matahari kerana pokok-pokok merimbun ini akan melindungi korang dengan jayanya. Yang penting korang enjoy je bersuka ria kat dalam FITC tu. Hee.







Siapa berani pegang? Hehehe.

By the way untuk makluman semua, kalau korang bercadang nak pergi ke Farm In The City dalam masa yang terdekat, FITC ada menawarkan pakej terbaru untuk pemegang Mykad iaitu Family Package. Dimana melalui pakej ini, harga yang dijual adalah RM132 sahaja. Personally bagi aku pakej ini sudah dikira murah kerana harganya termasuk;
- 2 tiket masuk untuk dewasa
- 2 tiket masuk untuk kanak-kanak
- 2 kotak makanan haiwan
- RM10 diskaun voucher untuk belian makanan di Kampung Style Restaurant dan Family Set Meals
- RM5 diskaun untuk belian RM30 di kedai cenderahati
- dan, 2 keping sijil penghargaan dari FITC

Akan tetapi, Family Package bukanlah satu-satunya option tiket untuk masuk ke FITC.
Korang masih juga boleh membeli tiket individu. Bagi tiket-tiket individu, ianya boleh dibeli secara walk in ataupun atas talian dengan harga RM39 untuk dewasa, RM32 untuk kanak-kanak ataupun RM32 untuk warga emas (*harga tiket sedikit berbeza untuk bukan pemegang Mykad, boleh rujuk laman web rasmi Farm In The City untuk maklumat lanjut).
Ajaklah family korang datang sini. Aku berani cakap la, mesti korang rasa berbaloi je dengan harga yang korang bayar tu. Tak caya, datang sendiri okay.
Would love to visit this lovely place one day with my family. The tortoise looks big.
Hari tu pun saya pergi jugak FITC ni bawak anak-anak . SUka sangat diaorang tengok binatang setelah sekian lama duduk rumah duk tengok TV jer.
Walau pun dah beberapa kali pi ke FITC ni tapi rasa macam nak pi lagi ja pasai best! hehe