in

Faktor Kebahagiaan Rumah Tangga


Kebahagiaan rumah tangga, satu topik yang agak subjektif untuk dikupas.

Ada yang berpendapat kebahagiaan hanya dapat dikecapi apabila dikurniakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah. Tidak kurang juga yang bersetuju bahawa kebahagian setiap pasangan itu diukur daripada keserasian dan keharmonian yang dikecapi sepanjang tempoh perhubungan.

Bagi aku pula, definisi kebahagiaan rumah tangga itu sendiri agak rumit kerana kedua-dua kenyataan yang dinyatakan sebentar tadi adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Tidak dinafikan bahawa setiap hubungan perlu ada keserasian diantara kedua-dua pasangan. Tetapi apakah maksud sebenar keserasian?

Pendapat aku..Terlalu banyak faktor-faktor penentu yang menyumbang kepada perkataan “keserasian” itu sendiri, antaranya adalah kesefahaman dalam membuat satu perkara, kepercayaan diantara satu sama lain, toleransi dalam membuat keputusan, kejujuran dalam kelakuan, komunikasi yang baik, perancangan yang ideal dan berlaku adil.

Jika kesemua faktor-faktor diatas berjaya dilaksanakan dengan baik, insha Allah..tidak mustahil hubungan dalam kekeluargaan menemui jalan kebahagiaan.

Dan jika ditanya tentang kehidupan aku, adakah aku bahagia?

tips keluarga bahagia_hafiz rahim

Terus terang aku katakan..Sepanjang tempoh diawal perkenalan bersama isteri pada tahun 2004 sehinggalah memasuki alam perkahwinan pada tahun 2011, kadang kala ada berlakunya perselisihan faham diantara kami berdua. Biasalah..lidah pun boleh tergigit, inikan pula suami isteri. Cuma, untuk meredakan perselisihan faham diantara kami berdua..kebiasaannya apa yang dilakukan oleh kami berdua adalah dengan membuang ego masing-masing.

Kerana kami tahu, dengan adanya perasaan ego yang tinggi didalam satu hubungan..ianya tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah. Dan melalui cara ini, Alhamdulillah..kehidupan aku masih lagi bahagia bersama isteri tersayang.

Ada sesuatu yang telah dikongsikan oleh Ustazah Siti Nur Bahyah, katanya amalan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 ataupun surah yang sama ayat ke-200 mampu merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang diantara suami dan isteri. Jadi, sama-samalah kita amalkan. 🙂

Nota: Entri ini adalah pendapat peribadi semata-mata dan sokongan kepada entri Denaihati.com.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

30 Comments

Leave a Reply
  1. betul tu, ego tolak tepi ketika dan waktu yang memerlukan ianya dibuat begitu..
    sayangilah hubungan itu, tak rugi apa2 pun buang ego kan..

  2. Sama macam kuliah praperkahwinan…

    Tahniah… masih segar dalam ingatan abang…

    In Shaa Allah… Amin.. Perselisihan itulah ujian dugaan untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan Allah SWT…

  3. biasalah..hidup berumahtangga kena pandai menyesuaikan diri. Kena pandai beralah..bertolak ansur. lebih2 lelaki…kalau bini kata nak pi Ikea setiap minggu…bawakkan aje…hehehehehehe…

  4. lama juga proses bro dan isteri mengenali hati budi masing-masing… Dari tahun 2004-2011 (7 tahun) tu… Tahniah, kerana akhirnya dapat disatukan dan membentuk sebuah keluarga bahagia… Persefahaman dan tolak ansur di antara suami isteri sangat penting untuk membentuk sebuah keluarga bahagia

  5. Setuju tu bro apis…Ego nak kena bentuk dan kawal betul2. Sebab ego ni, salah kawal, mmg boleh rosak rumahtangga

    nice tips bro!

  6. Eh, gua ego orangnya….. Tapi ego gua dengan wife boleh diperkotak katik dan gua boleh tergelak sama…

    Pandai dia amik hati dan merendahkan ego gua…

    Ego tue ape ek? motor ke?

  7. Perkongsian yang menarik dari bro. Saya setuju bab keserasian tu. Benda ni memang subjektif. Tak semestinya minat sama kita serasi. Banyak lagi faktor lain di sebaliknya. Satu lagi, ego penting tapi bagaimana kita mengawal ego kita lagi pentng. Ini salah satu yang menyumbang kebahagiaan rumah tangga. Semoga terus bahagia, bro!

  8. semua faktor2 yang disebutkan diatas bisa menjadi pondasi yang kokoh dalam menjalankan rumah tangga yang penuh keharmonisan dan kebahagian
    Insya allah kita semua mampu melakukannya…

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *