Kebahagiaan rumah tangga, satu topik yang agak subjektif untuk dikupas.
Ada yang berpendapat kebahagiaan hanya dapat dikecapi apabila dikurniakan dengan harta kekayaan yang melimpah ruah. Tidak kurang juga yang bersetuju bahawa kebahagian setiap pasangan itu diukur daripada keserasian dan keharmonian yang dikecapi sepanjang tempoh perhubungan.
Bagi aku pula, definisi kebahagiaan rumah tangga itu sendiri agak rumit kerana kedua-dua kenyataan yang dinyatakan sebentar tadi adalah saling berkaitan antara satu sama lain.
Tidak dinafikan bahawa setiap hubungan perlu ada keserasian diantara kedua-dua pasangan. Tetapi apakah maksud sebenar keserasian?
Pendapat aku..Terlalu banyak faktor-faktor penentu yang menyumbang kepada perkataan “keserasian” itu sendiri, antaranya adalah kesefahaman dalam membuat satu perkara, kepercayaan diantara satu sama lain, toleransi dalam membuat keputusan, kejujuran dalam kelakuan, komunikasi yang baik, perancangan yang ideal dan berlaku adil.
Jika kesemua faktor-faktor diatas berjaya dilaksanakan dengan baik, insha Allah..tidak mustahil hubungan dalam kekeluargaan menemui jalan kebahagiaan.
Dan jika ditanya tentang kehidupan aku, adakah aku bahagia?
Terus terang aku katakan..Sepanjang tempoh diawal perkenalan bersama isteri pada tahun 2004 sehinggalah memasuki alam perkahwinan pada tahun 2011, kadang kala ada berlakunya perselisihan faham diantara kami berdua. Biasalah..lidah pun boleh tergigit, inikan pula suami isteri. Cuma, untuk meredakan perselisihan faham diantara kami berdua..kebiasaannya apa yang dilakukan oleh kami berdua adalah dengan membuang ego masing-masing.
Kerana kami tahu, dengan adanya perasaan ego yang tinggi didalam satu hubungan..ianya tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah. Dan melalui cara ini, Alhamdulillah..kehidupan aku masih lagi bahagia bersama isteri tersayang.
Ada sesuatu yang telah dikongsikan oleh Ustazah Siti Nur Bahyah, katanya amalan membaca surah Al-Imran ayat ke-31 ataupun surah yang sama ayat ke-200 mampu merapatkan lagi hubungan dan kasih sayang diantara suami dan isteri. Jadi, sama-samalah kita amalkan. 🙂
Nota: Entri ini adalah pendapat peribadi semata-mata dan sokongan kepada entri Denaihati.com.
Curang adalah punca segala masalah rumahtangga. Apis curang tak?
Alhamdulillah..setakat ni belum lagi bro. harap2 dapat bertahan sampai bila2.
Hidup berkongsi dalam rumah tangga bukannya mudah. hanya yang bersabar dan bersedia untuk terus bersabar sahaja yang akan lulus. Terima kasih berkongsi
bersabar..dan terus bersabar. 🙂
betul tu, ego tolak tepi ketika dan waktu yang memerlukan ianya dibuat begitu..
sayangilah hubungan itu, tak rugi apa2 pun buang ego kan..
kenal hati budi dah lama..takkan kerana pergaduhan kecil nak rosakkan segalanya. betul tak bro
perkongsian yang amat menarik abg hafiz.hehee
yeke..hehehe..ni berdasarkan pengalaman je. 🙂
hoho..tak nak bukak cawangan kahh..
cawangan bini..tak kot..cawangan anak tu akan datang..hahaha
Sama macam kuliah praperkahwinan…
Tahniah… masih segar dalam ingatan abang…
In Shaa Allah… Amin.. Perselisihan itulah ujian dugaan untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan Allah SWT…
uih..bleh jadi tenaga pengajar la kalau macam tu. hehe
saya suka kata2 Ustazah Siti Nur Bahyah
yup, kena buang ego dan bertolak ansur… itu yang terbaik…
Jutaan terima kasih bro kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.
sama2 bro. akan terus sokong usaha murni Denaihati Network. 🙂
biasalah..hidup berumahtangga kena pandai menyesuaikan diri. Kena pandai beralah..bertolak ansur. lebih2 lelaki…kalau bini kata nak pi Ikea setiap minggu…bawakkan aje…hehehehehehe…
aiyok..kalau tiap2 minggu, tak de peluang lah nak pergi event..hahaha
lama juga proses bro dan isteri mengenali hati budi masing-masing… Dari tahun 2004-2011 (7 tahun) tu… Tahniah, kerana akhirnya dapat disatukan dan membentuk sebuah keluarga bahagia… Persefahaman dan tolak ansur di antara suami isteri sangat penting untuk membentuk sebuah keluarga bahagia
hehehe..sebenarnya diri sendiri pun tak sangka boleh lama macam tu.
Setuju tu bro apis…Ego nak kena bentuk dan kawal betul2. Sebab ego ni, salah kawal, mmg boleh rosak rumahtangga
nice tips bro!
Terima kasih bro. 🙂
Eh, gua ego orangnya….. Tapi ego gua dengan wife boleh diperkotak katik dan gua boleh tergelak sama…
Pandai dia amik hati dan merendahkan ego gua…
Ego tue ape ek? motor ke?
kalau boleh control ego tu ok la bro.
ego tu sejenis motor pink yang dinaiki oleh awek-awek. hehe
yang penting kena jujur dengan pasangan …..
Perkongsian yang menarik dari bro. Saya setuju bab keserasian tu. Benda ni memang subjektif. Tak semestinya minat sama kita serasi. Banyak lagi faktor lain di sebaliknya. Satu lagi, ego penting tapi bagaimana kita mengawal ego kita lagi pentng. Ini salah satu yang menyumbang kebahagiaan rumah tangga. Semoga terus bahagia, bro!
Terima kasih bro. 🙂
semua faktor2 yang disebutkan diatas bisa menjadi pondasi yang kokoh dalam menjalankan rumah tangga yang penuh keharmonisan dan kebahagian
Insya allah kita semua mampu melakukannya…
Harus bisa menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing.