in

Jangka hayat gigi ibu bapa berkurang selepas dapat baby


Ye..ini fakta sahih.jangka hayat gigi ibu bapa bayi akan berkurang dengan pantasnya selepas kelahiran anak. Baca betul-betul. “IBU BAPA“. Kedua-duanya sekali. Kenapa?

Puncanya bila terjadinya tindakan reflek saraf-saraf kita apabila terlampau geram melihat muka baby lalu kita mengacip gigi dengan kuat menahan diri dari memicit-micit pipi baby yang bulat. Kejadian ini lebih cepat berlaku sekiranya baby yang didodoi atau didukung tersebut tiba-tiba buat memek muka yang comel minta belas kasihan.

Khair tak suka aku gomo-gomol dia. Sebab ada janggut.

Hahaha. Aku bergurau je la. Fakta di atas tu cuma rekaan semata-mata. Sekadar nak release tension sekali sekala. Fakta yang sebetulnya adalah lebih kurang macam ni.

Semasa mengandungkan bayi, kandungan kalsium didalam badan ibu akan dikongsi bersama bayi. Perkongsian kalsium itu bertujuan untuk pembentukan tulang bayi. Disebabkan proses tersebut lah, doktor-doktor akan sarankan ibu mengandung untuk mengambil pil kalsium bagi mengelakkan kekurangan kalsium.

In case kalau seseorang ibu mengandung kekurangan kalsium, sakit gigi pun datang. Gigi boleh jadi rapuh dan tulang pun cepat mengalami osteophorosis.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *