Maklumat Penting Tentang Exam PTD 2016

Okay, malas nak tulis panjang-panjang. Cukup sekadar perkongsian ringkas tetapi sangat penting untuk dijadikan rujukan calon-calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41.

Yang pertama, maklumat penting terkini yang perlu diketahui oleh semua calon mengenai exam PTD 2016.

  1. Kira-kira seramai 77,000 calon telah dipanggil untuk menghadiri peperiksaan kali ini, dimana hanya 200 orang akan terpilih sebagai calon lantikan manakala 100 orang lagi akan diletakkan sebagai calon simpanan.
  2. Tidak ada PTD Assessment Centre (PAC) mahupun ujian fizikal yang akan dijalankan
  3. Exam terdiri daripada 3 seksyen utama;
    • Seksyen A merupakan soalan tentang pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.
    • Seksyen B mengenai daya menyelesaikan masalah.
    • Dan seksyen C merupakan Ujian Psikometrik

Nota khas: Sekiranya pihak SPA mendapati ramai calon yang lulus peperiksaan, berkemungkinan besar mereka akan mengadakan satu lagi proses saringan dimana ia melibatkan 2 seksyen tambahan iaitu Seksyen D (Esei BM) dan seksyen E (Esei BI).

Kedua, panduan peperiksaan PTD akan mula dijual oleh Tim Infokerjaya dalam masa yang terdekat. Panduan tersebut yang mengandungi pelbagai tips dan juga contoh soalan peperiksaan PTD yang mirip kepada peperiksaan sebenar.

Contoh soalan dan panduan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Jika ada yang berminat untuk mendapatkannya sila isi borang dibawah cepat-cepat, kerana tawaran penjualan panduan ini hanya dibuka dalam tempoh masa yang terhad. Kalau lambat, melepas.

Dapatkan akses download Panduan Peperiksaan Online PTD M41

* wajib diisi


* Review copy juga akan diedarkan secara percuma kepada mereka yang berdaftar.

Akhir sekali, laman web bagi calon-calon untuk menduduki peperiksaan hanya akan dibuka sejam sebelum peperiksaan. Laman web tersebut boleh diakses melalui pautan yang telah disediakan didalam slip jemputan masing-masing. Dan yang paling penting, sila pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil ketika menjawab peperiksaan. Ini bagi mengelakkan sebarang gangguan.

Alrite, rasanya itu sahaja dulu info yang ingin aku kongsikan setakat ini. Jika ada yang aku terlepas pandang, insha-Allah aku akan update dalam entri yang seterusnya. Stay tuned ya.

p/s: Peratusan setiap calon untuk diserap sebagai penjawat jawatan PTD hanya sekadar 0.26%. Jadi, sila ambil peluang ini secara serius dan buat yang terbaik. Peluang hanya datang sekali, dan jangan putus semangat. Chaiyok!!

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

  • Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Loading…

    Comments

    comments

    Menang Award Lagi

    Batuk Semput