Facebook Tiada Lagi Privacy

Bila ada masa terluang, biasanya Hafiz akan blog walking. Sambil-sambil tu ada juga surf apa-apa di internet cari info-info yang menarik untuk dimuatkan dalam blog picisan Hafiz ni. So, semalam masa semua orang tengah seronok tidur, Hafiz ada terjumpa satu berita yang agak menarik dan mungkin akan menyentapkan peminat-peminat fanatik Facebook.

Baru-baru ini pihak Facebook telah menambahkan satu sistem pemantauan terbaru kedalam laman sosial itu bagi membolehkan mereka mengimbas kesemua post status dan chat berkaitan dengan aktiviti jenayah. Sistem itu dikatakan berupaya untuk merekod kelakuan yang mencurigakan dan menentukan tindakan yang perlu diambil, termasuk melaporkannya pada pihak polis.

Berita menggembirakan tentang sistem pemantauan terbaru mereka itu adalah hasil temubual Reuters bersama Ketua Pegawai Keselamatan Facebook, Joe Sullivan. Katanya;

“A man in his early thirties was chatting about sex with a 13-year-old South Florida girl and planned to meet her after middle-school classes the next day. Facebook’s extensive but little-discussed technology for scanning postings and chats for criminal activity automatically flagged the conversation for employees, who read it and quickly called police.”

Software itu menumpukan kepada perbualan antara pengguna yang tidak mempunyai hubungan yang rapat di dalam rangkaian laman sosial tersebut. Sebagai contoh, pengguna yang akan diberi perhatian oleh pihak Facebook ialah, jika terdapat pengguna yang baru sahaja menjadi kawan, mereka tiada “mutual friends“, jarang berinteraksi antara satu sama lain, mempunyai perbezaan umur yang ketara, dan / atau jauh daripada satu sama lain.

Bagus juga diorang buat macam ni, secara tak langsung diorang bertanggungjawab dan dapat mengurangkan jenayah yang sememangnya meningkat disebabkan kewujudan Facebook. Cuma yang tak seronoknya, pakailah browser secure macam mana pun. Kita memang diperhatikan.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *