Facebook Kini Sediakan Fungsi Rakaman Gambar 360-darjah

Mulai semalam Facebook telah mengeluarkan kemaskini baru terhadap aplikasi mereka. Melalui kemaskini yang dikeluarkan, pengguna kini mampu merakamkan gambar 360-darjah tanpa perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Fungsi baru ini yang boleh dipilih ketika anda ingin memuat naik status baru di Facebook, akan terus membawa anda kepada fungsi kamera yang kemudiannya ciri rakaman gambar 360-darjah akan diaktifkan. Selesai gambar dirakamkan, pengguna seterusnya boleh terus berkongsi gambar tersebut ke laman sosial.

Nampaknya dengan kehadiran fungsi ini, Facebook dilihat komited dalam menyediakan kemudahan yang memberikan kepuasan berganda kepada penggunanya.

Disamping memudahkan pengguna untuk berkongsi sesuatu gambar disekitar mereka, ia juga membolehkan ahli keluarga atau sahabat handai untuk turut menikmati pemandangan disekitar dengan lebih dekat seumpama mereka berada di sana.

Anda boleh dapatkan kemaskini di App Store dan Google Playstore masing-masing.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Tiba-Tiba Channel HyppTV Tak Boleh Tengok

    Semak Berapa Banyak Masa Anda Telah Dibazirkan Dengan Fungsi iOS Tersembunyi Ini