Hafiz Rahim

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
  • Utama
  • Hafiz Rahim
  • Coaching
  • Bloglist
  • Arkib
  • Pengiklanan
  • Penafian

Hafiz Rahim

Menu
  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

Switch to the dark mode that's kinder on your eyes at night time.

Switch to the light mode that's kinder on your eyes at day time.

Search
in Blogging Stuff

Facebook Dah Tak Banned Blog Aku Lagi!

by Hafiz Rahim February 5, 2020, 10:08 am 499 Views 6 Comments


Kronologi ringkas dia macam ni. Bulan Nov 2019, ada satu hari tu masa aku tengah nak post gambar handsome aku kat Instagram, ada error muncul. Katanya dalam akaun IG aku tu ada “Link not allowed“. Puas aku fikir link mana yang dimaksudkan, dan pada awalnya aku fikir mungkin sebab aku ada letak link daripada job yang aku terima daripada PR.

Tapi selepas beberapa minit menggodek Instagram, try tengok gambar-gambar lama. Rupa-rupanya link yang dimaksudkan adalah link blog hafizrahim.com diruangan bio yang menjadi punca.

So, bila dah remove link blog aku tu automatic Instagram aku boleh post gambar macam biasa. Okay, itu baru episod awal semasa aku baru tahu Instagram dah blocked aku untuk letak URL blog sendiri.

Nak dijadikan cerita yang lebih menyedihkan, beberapa hari selepas tu.. masa aku guna Facebook pulak dan aku nak share entri terbaru.. secara tak sengaja aku dapat tahu pulak Facebook juga tak benarkan aku share link entri blog aku sendiri. Tak kisah la nak share kat page sendiri ataupun wall personal.. dua-dua tak boleh.

Lebih kohaja, semua link entri blog yang pernah aku boost dekat Ads Manager pun diremove semua sekali tanpa belas kasihan. Jadi masa aku nak report kat FB support, aku pun dah tak ada bukti URL blog aku pernah di boost kan kat page. Sebab dalam Ads Manager dah hilang. Macam tak pernah wujud. Kesian kan. Huhuhu.

Disebabkan Facebook dah bikin aku susah dan aku pulak masih perlukan khidmat dia.. Maka, sepanjang tempoh URL blog aku tak boleh nak di share dekat Facebook tu, bermacam-macam info aku cari untuk unblock URL blog aku kat Facebook.

Tak kurang juga dah macam-macam ayat appeal aku dah guna termasuk ayat-ayat membodek paling manis dalam dunia.. dah macam nak pujuk awek. Tapi sepatah haram tak dilayan.

Cara terakhir yang aku try sebelum jadi fedup lepas ada kawan suggest untuk tekan option report dekat error masa post link. Itu pun aku dah buat, tapi macam sebelum-sebelum ni jugak, usaha aku masih gagal dan tak berhasil.

Sehinggalah semalam ada seorang kawan rapat dalam group Whatsapp bawah tanah suggest aku untuk pm kawan aku lagi sorang si polan ni yang sememangnya kerja dia banyak melibatkan dunia maya. Maka aku pun pm la dan bercerita sikit pasal masalah aku ni. Dia kata dia cuba appeal guna live chat Facebook.

Dan tup tup selepas beberapa jam..

Tadaaaaa!!!!

Appeal yang kawan aku buat untuk Facebook lepaskan blog aku daripada terus dipenjara tu dah berjaya. Aku dah boleh share link entri aku kat Facebook. Dan kat Instagram pun dah boleh letak link blog balik. Yeayyy!

Wehhhh.. Gila power dia appeal tu dan aku masih kagum macam mana dia buat sebab aku tak tahu pun macam mana dia mengayat staff Facebook. Hahaha. Tapi tak apa lah, cara appeal tu cerita nombor dua. Yang penting lepas ni link blog aku dah boleh berlegar-legar di timeline Facebook aku semula untuk bacaan kawan-kawan semua.

Syukur Alhamdulillah. Happy kejap. Hee.

p.s: Sebagai langkah berjaga-jaga.. aku dah aktif Twitter pulak. Kot la lain kali kena lagi, boleh fokus kat Twitter terus je. Huh.

p.s.2: Laju tak blog aku? Aku pengguna setia hosting GB Network. Berdesup perginya, murah lak tu – Hosting Murah GB Network.


See more

  • Previous article Bila Haziq Terkena Pneumonia + Influenza A
  • Next article Akhirnya Unifi Plus Box Dapat Berfungsi

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply
  1. JMR says:
    February 6, 2020 at 4:51 pm

    uiks..power tu. Kalau betul betul power, mesti dia boleh lepaskan blog aku gak kan? muhahha

    Reply
  2. umi nazrah says:
    February 6, 2020 at 5:46 pm

    perghhh tu memang kuasa super power tu. kejap ja dah lulus kan daripada dipenjara oleh fb. hehe ^_^

    Reply
  3. Sohoque says:
    February 14, 2020 at 1:02 pm

    Blog spammer mcm tu lah.. FB dah cop tu 🙊🙊🙊

    Reply
  4. Bro Framestone says:
    March 13, 2020 at 11:12 pm

    So, apa2 hal kena roger mamat tue la ek? Memang x boleh nak buat sendiri ek?

    Reply
    • Hafiz Rahim says:
      March 16, 2020 at 8:36 am

      Aah. Tapi roger pun entah dia nak buat lagi ke tak. hari tu dia cakap tak nak buat dah.. last. hahaha

      Reply
  5. LYSSA FAIZUREEN says:
    June 4, 2020 at 9:38 pm

    Hmmm.. best nya… Lyssa dh bertahun tk settle2 lagi masalah ni….
    nak nangis je rasa bila tak boleh post link blog kt FB. Sadisss 🙁

    Sampai skrg, tk boleh nak buat apa. mcm2 cara dh buat… aarrghh..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More From: Blogging Stuff

  • 5 Comments

    Berjaya Transfer Domain Dengan Harga Murah

    October 6, 2019, 8:03 pm

  • 9 Comments

    3 Portal Online Wajib Baca

    July 25, 2018, 12:45 pm

  • Perbezaan antara Perkongsian, VPS, dan Hosting yang didedikasi (Dedicated Hosting) – Mana satukah yang sesuai untuk anda?

    July 4, 2018, 12:35 pm

  • 1 Comment

    Storage Hosting Blog WordPress Dah Penuh, Kena Buat Apa?

    May 31, 2018, 10:55 am

  • 3 Comments

    Hasil Selepas Join Kelas Belajar Buat Blog Bersama MYSC

    May 4, 2018, 12:02 pm

  • 10 Comments

    Cara Untuk Aktifkan HTTPS Untuk Blogspot Yang Menggunakan Custom Domain

    April 2, 2018, 11:02 am






Buku Kegemaran

  • Buku Ustazah Asma Harun

Blog Lain Wajib Baca

  • Nak sihat bukan takut mati !
    via benashaari.com 1 day ago
  • 20 Sebab Dan Perkara Medical Card Tak Cover
    via jmr23.com 7 days ago
  • Air Selangor: Tarif Air Naik, Gangguan Bekalan Air Boleh ‘Settle’ Ke?
    via aisyaismail.com 17 days ago
  • RESEPI TART NENAS SANDWICH
    via ninamirza.com 1 month ago
  • Accident motor di depan Maktab PDRM Cheras
    via umminani.com 1 month ago
  • AEON MALL SELOKA RAYA BERSAMA TOM AND JERRY!
    via miszrockers.com 2 months ago
  • Tài Xỉu Xóc Đĩa Là Gì – Hướng Dẫn Cách Chơi & Mẹo Từ Cao Thủ
    via sohoque.com 3 months ago
  • Idea Seminit
    via hanimhashim.com 4 months ago
  • HUAWEI PURA 70 SERIES:A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS
    via ohsempoi.com 1 year ago
  • RESIPI KEK PAUN OREN
    via tiffinbiru.com 1 year ago

Kelas Taekwondo

  • Grading Taekwondo Junior Black Belt (1st Poom/Dan

  • Dah Dapat Sijil Lulus Grading Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)

  • Sparring Set Taekwondo Untuk Khair

  • Dah Join Kelas Sparring Taekwondo

  • Grading Taekwondo WTF, Lulus Naik Ke Tali Pinggang Hijau 2 (Green Belt 2)

Kelas Renang

  • Sambung Balik Kelas Renang!

  • Kelas Renang – Belajar Teknik Apungkan Diri Pula

  • Kelas Renang, Belajar Frog Kick.. Tendangan Katak?

  • Berbaloi Ke Belajar Berenang?

  • Progress Check Selepas Belajar Berenang Selama 1 Tahun

Kelas Piano

  • Little Star Music, Studio Belajar Piano Di Bangi

  • Dah Stop Practice Piano Ke?

  • Berlatih Piano Online Guna Aplikasi Simply Piano

  • Piano Sheet Lagu-Lagu Mudah Untuk Latihan Di Rumah

  • Practice Piano Di Rumah

Kelab Blogger Ben Ashaari

Disclaimer

Blog ini adalah blog peribadi dan merupakan aset digital kepada Sifziqfiy Solution (IP0578091-A).

Ia tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Sebarang pendapat, pujian ataupun kritikan adalah berdasarkan penilaian pemilik blog sendiri.

Sebarang maklum balas ataupun pertanyaan, boleh emailkan kepada hafizmdrahim@gmail.com.

Powered by HOSTING SUPER MURAH dan Laju.

Follow saya

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

© 2025 by Hafiz Rahim | Homestay Bangi

Back to Top
Close
  • Utama
  • Hafiz Rahim
  • Coaching
  • Bloglist
  • Arkib
  • Pengiklanan
  • Penafian
  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • youtube
  • tiktok

Ad Blocker Detected!

Mohon jasa baik tuan/puan untuk nyah aktifkan ad blocker. Segala iklan yang dipaparkan dalam blog ini adalah untuk menampung kos operasi bagi menyampaikan ilmu-ilmu bermanfaat kepada pembaca yang disayangi. Terima kasih.

Refresh

Blog ini adalah blog peribadi dan tidak berkait dengan mana-mana pihak selain dinyatakan sebaliknya. Dengan melayari laman blog ini anda bersetuju dengan paparan iklan-iklan serta tidak akan meninggalkan sebarang komen yang bersifat spam dan tidak senonoh.
Setuju