Fuh.. bertahun pakai face mask. Hari ni secara rasminya KJ keluarkan pengumuman bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan. Personally, setuju je dengan keputusan ni.
Sebab kita dah dalam fasa endemik.. nak pakai face mask sampai bila? Pakai face mask pun rata-rata kena jugak positif Covid19. Ye tak? Berita tentang pengumuman ni aku quote dari Kosmo! Online.
Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam bangunan atau di tempat tertutup berkuat kuasa serta-merta.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemilik premis namun diberi pilihan untuk terus meminta orang ramai memakainya dalam premis mereka.
“Berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan pemakaian pelitup muka dalam bangunan dan tempat tertutup kini adalah suatu pilihan.
“Bagaimanapun pemilik premis boleh tentukan wajib pakai atau tidak. Sekarang kita serahkan kepada pemilik premis. Kalau pemilik premis putuskan kena pakai, maka kena ikut kehendak pemilik premis,” katanya pada sidang akhbar di ibu negara petang ini.
Cumanya untuk tempat-tempat penjagaan kesihatan macam klinik dan hospital, masih diwajibkan. Ini pun bagus keputusan KJ, sebab kat klinik dan hospital kita memang aware kat sana ada macam-macam penyakit. So, pakai facemask sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko terkena jangkitan.