in

Ezydurian, Beli Durian Online Tanpa Kulit Lebih Murah?


Musim durian dah datang kan. Selalu aku beli kat Sg.Chua je sebab durian kat sana memang berkualiti. Tak pernah lagi aku beli durian dapat isi yang tak helok. Tapi sekarang, kalau aku malas nak ke Sg .Chua, aku dah ada tempat lain yang lagi best kalau nak beli durian dengan harga murah.

Kat mana tu?

Ezydurian. Beli kat Ezydurian ni bagi aku lagi mudah, sebab bukan je dari segi harga murah. Tapi beli durian kat sini siap ada delivery sampai depan pintu rumah. Sangat bagus bila servis macam ni disediakan, terutamanya bagi orang-orang yang malas nak keluar rumah macam aku. Hahaha.

Melalui pengalaman aku sendiri, beli durian kat Ezydurian ni.. so far tak pernah lagi aku dapat durian yang tak elok. Sebabnya.. of course la macam yang korang nampak gambar tu. Dia dah kopek siap-siap durian tu dan letak isi dalam bekas elok-elok ikut jenis durian yang korang nak. Macam aku sendiri yang dah pernah beli durian XO dan jugak Musang King.. serius, sangat berpuas hati dengan durian yang aku dapat tu.

Kalau nak lagi best, beli time dia offer durian lelong.. banyak kali dah diorang buat lelong durian Musang King sebenarnya, paling tinggi ditawarkan diskaun 80%. Gila tak gila kan. Celah mana untung pun tak tahu. Tapi diskaun tu.. memang betul pun. Bukan saja-saja gimik marketing. Cuma diskaun-diskaun ni terhad. Siapa cepat dia dapat.

By the way, aku mula jadi penggemar Ezydurian ni bila mana aku tertengok satu video perbandingan durian yang dibeli dengan kulit dan durian yang dah diisi dalam bekas. Dalam video tu menunjukkan durian 3 biji yang ditimbang dengan kulit.. isinya kalau dah kopek dan letak dalam bekas kemudian timbang.. maka, korang hanya akan dapat dalam anggaran 1 kilo sahaja.

Wehhh!.. durian 3 biji dengan kulit, bila kupas-kupas ambil isi.. dapat dalam 1 kg je isi. Gila sikit. Kulit je berat. Kesian tak?

Dan lagi teruk apabila cuba korang bayangkan.. 3 biji durian yang dibeli tu adalah Musang King yang beratnya dalam anggaran 3kg sebijik, dan harganya pulak RM55/kg. Maka jumlah harga yang korang perlu bayar, adalah sama dengan.. RM55 x 3kg x 3 biji = RM495. Fuh!!! Berpeluh beb.

Sangat berbeza dengan harga yang korang akan dapat kalau korang beli Ezydurian, hanya akan dapat isi durian sahaja dalam bekas plastik seberat 1kg dengan harga RM135.

Jimat tak? RM495 – RM135 = RM 360.

Wow.. dengan RM360 tu bukan je boleh tambah isi durian lagi 2kg. Tapi kalau tak nak beli durian, nak beli hadiah handbag bagi bini pun boleh. Hahaha

So, kalau korang rasa selama ni korang dah berbelanja lebih untuk beli durian.. apa kata lepas ni beli durian melalui Ezydurian je lah. Aku nak bagi korang untung ni. Bayar mahal-mahal isi dapat sikit buat apa. Kan bagus bayar hanya untuk dapat isi saja. Heee.

Nak order Ezydurian boleh klik pada link ni:

Boleh sebarkan pada rakan-rakan sekitar Lembah Klang juga kot diorang pun nak makan durian murah-murah. Musang king Ezydurian terbaik bos. Makan sebekas, lena tidur. Hahaha. Tapi tu laa.. bila dah sedap ni cepat habis.

Jadi korang sila save link https://linktr.ee/ezydurianpromo ni kat fon korang. Cuba rajin-rajin check selalu. Kalau ada stok, order cepat-cepat sebelum kempunan. Heee.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Tapi kita boleh yakin ke dengan kebersihan durian semasa proses pembungkusan?
    Takut durian jatuh atas lantai ke bagai atau durian IOI campur dengan D197 kira Black Thorn
    Tapi aku bersangka baik lah dengan dia orang
    Semoga bisnes tambah maju

    • Yakin je. Jatuh atas lantai, isi penuh dengan debu pasir dah. Isi durian bukan macam isi rambutan kalau jatuh boleh cuci bilas dengan air. Boleh nampak bezanya.
      Kalau campur pun boleh beza isi durian macam mana. Isi durian bukan sama setiap jenis. Rasa pun dah lain.
      Kalau rasa tak puas hati jugak bila dah beli, isi je aduan mintak refund. Tak susah pun. Benda mudah jangan susahkan diri terlebih fikir macam-macam.
      Takut sangat, boleh beli durian timbang kulit. Tapi kena bersedia la.. bayar mahal tapi isi dapat sikit. Heee

      • sy selalu juga beli di EZY ni, kat lembah klang ni mmg dia seller on9 durian paling murah. semalam sy dpt beli isi MK diskaun 25% melalui order now dan setelah bayar cas delivery amount semua cuma RM105 utk 1KG isi MK. Now kalau harga biasa pun dah turun..1KG isi MK cuma RM125 je..harga sebelum ni 1KG RM135.

    • Saya pernah beli secara delivery dan walk in sendiri. Boleh tengok diaorang buat keje. Insyallah bersih sebab diaorang buat kerja pakai plastik dan kopek terus masuk bekas. Takde bukak biar isi durian terdedah pun.

      Anyway memang betul. Untung beli dekat Ezydurian ni. Lagi-lagi musang king.

  2. Saya pernah beli secara delivery dan walk in sendiri. Boleh tengok diaorang buat keje. Insyallah bersih sebab diaorang buat kerja pakai plastik dan kopek terus masuk bekas. Takde bukak biar isi durian terdedah pun.

    Anyway memang betul. Untung beli dekat Ezydurian ni. Lagi-lagi musang king.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *