in ,

Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia


Semenjak pandemik Covid-19 melanda dunia ni kan, banyak aktiviti luar yang terjejas dan terpaksa dilakukan berlandaskan norma baharu. Sebagai contoh kalau sebelum ini orang ramai lebih suka membeli belah secara fizikal di kedai, tetapi kini masing-masing lebih selesa berbelanja secara online melalui platform pilihan tersendiri.

Jika dilihat dari sudut positif, memang ada bagusnya juga bila situasi sebegini terjadi. Kerana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk meluangkan lebih masa di rumah bersama keluarga tersayang berbanding membazirkan masa menghadap kesesakan trafik yang sememangnya tak mendatangkan faedah serta merisikokan diri daripada terkena jangkitan Covid-19.

Mengambil pendekatan untuk mempermudahkan lagi orang ramai untuk berbelanja menerusi online daripada perlu mengakses platform jualan online berasingan secara satu per satu, satu inisiatif baru telah diwujudkan baru-baru ini apabila sebuah syarikat penganjur acara iaitu Beecomb Sdn Bhd muncul dengan idea baru yang mengetengahkan virtual expo sebagai medan jual beli online yang mengumpulkan banyak jenama-jenama besar didalam satu aplikasi telefon pintar.

Menerusi expo yang diwujudkan secara maya ini, boleh dikatakan mereka adalah pelopor di dalam negara yang menawarkan virtual expo secara paparan 3D.

Untuk makluman ketika korang membaca artikel ini, mereka sebenarnya telah berjaya melancarkan Beecomb Virtual Food & Beverage Expo pada 27hb Ogos yang lalu dan terkini pada hari ini 29hb Ogos, telah dilancarkan pula satu lagi expo maya yang dinamakan Beecomb 3D Virtual Watch Expo iaitu Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia!

Beecomb 3D Virtual Watch Expo, yang mengumpulkan jenama-jenama jam ternama diseluruh negara dan tarikan utamanya adalah ianya boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar tanpa sebarang bayaran yang mana ia juga berkemampuan memberi akses pembelian terus secara online dengan tawaran harga yang menarik.

Diantara jenama-jenama jam terkenal yang ditawarkan didalam Beecomb 3D Virtual Watch Expo ini adalah;

  • CIGA Design
  • RAYMOND WEIL
  • SEIKO
  • CITIZEN
  • MICHAEL KORS
  • FOSSIL
  • EMPORIO ARMANI
  • TITONI
  • TITAN
  • ALBA
  • CASIO
  • G-SHOCK
  • dan BABY-G

dan bagi jam”mampu milik”, difahamkan Beecomb 3D Virtual Watch Expo akan memberikan tawaran Super Gempak untuk jam berjenama EVO; iaitu dengan harga permulaan RM52.90, RM83.10, RM199 + RM1 (Beli 1, Dapat beli jam kedua dengan harga RM1)

By the way, sekali lagi aku ingin sampaikan info kepada korang yang ingin melayari Beecomb 3D Virtual Watch Expo ini bahawa yuran kemasukan korang adalah percuma tau. Tak perlu bayar apa-apa untuk masuk ke expo virtual ini. Cumanya apa yang perlu korang buat adalah memuat turun aplikasi Beecomb terlebih dulu, kemudian apabila muat turun berjaya, korang perlu mendaftarkan diri dengan email yang sah. Bila pendaftaran berjaya dilakukan, baru lah korang jalan-jalan dalam expo maya ni puas-puas.

Oh ya.. sebelum terlupa. Aku nak bagitahu juga bahawa Beecomb 3D Virtual Watch Expo ini akan berlangsung selama 3 hari iaitu daripada 29-31 Ogos 2020 dan akan bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Personally, aku sendiri dah jenguk expo ni tadi dan rasa macam excited pulak sebab rasa diri ni masuk dalam dunia game RPG. Cumanya dalam dunia ni instead of korang “berperang” or “berlawan”, tapi korang sebenarnya pergi shopping. Dan barang yang dibeli tu pula, korang tak perlu susah-susah nak kena pergi ambil.. tapi diorang akan deliver ke depan pintu rumah korang melalui servis penghantaran yang dah disediakan. Amacam, gempak kan?

Apa lagi? Muat turun aplikasi Beecomb sekarang. Lepas tu dah boleh mula join virtual expo diorang. Ada banyak lagi expo yang akan datang. Tunggu je announcement daripada diorang okay.

Maklumat lanjut mengenai virtual expo dan Beecomb boleh layari laman web rasmi mereka di www.beecomb.com.my.

Muat turun

  1. Beecomb untuk iOS
  2. Beecomb untuk Android
  3. Beecomb untuk Huawei

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Wah menarik betul Applikasi Beecomb ni…sekarang semua di hujung jari tapi terasa macam tengah jalan2 shopping kat expo betul. Cool gila la , nak kena usha kot ada watch yang berkenan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *