Tidak terlalu banyak perkara yang mampu Hafiz lakukan sepanjang hujung minggu lalu selain membawa isteri dan anak keluar bersiar-siar makan angin.
Tahu sajalah perangai anak kecil si Khair ni, cukup pantang jika siang-siang asyik duduk terperap didalam rumah..pasti ada akalnya supaya dapat dibawa pergi keluar berjalan-jalan. Kalau tidak menangis sudah tentu dia membuas sana sini, habis segala barang yang dapat dicapai dicampaknya. Kadang-kadang memang penat. Tapi apakan daya, penat-penat pun yang nakal tu anak sendiri. Bukan anak orang lain.
Jalan penyelesaian termudah, bawa Khair masuk dalam kereta. Start enjin, ON aircond, kereta mula bergerak..tak sampai 5 minit terus tertidur. Alahai anakku. Suka betul tidur dalam kereta.
Owh, alang-alang bercerita tentang minggu lepas ada sesuatu yang ingin Hafiz kongsikan.
MAAKL Mutual, syarikat kedua bagi Hafiz melibatkan diri didalam pelaburan unit amanah. Bukan sebagai agen, tetapi sebagai pelabur. Yang mana sama juga seperti sebelum ini dimana Hafiz merupakan pelabur didalam unit amanah Public Mutual.
Kedua-dua pelaburan yang Hafiz lakukan adalah berasaskan pelaburan melalui KWSP. Maksudnya disini tiada sebarang tunai yang terlibat, hanya berbekalkan duit yang sedia ada dalam akaun 1 KWSP untuk dioptimumkan keuntungannya.
Berisiko? Itu sudah semestinya, tiada pelaburan yang tidak berisiko. Tetapi berisiko bukan bererti kita perlu takut untuk mencuba, peluang sudah tersedia..yang tinggal hanyalah pilihan, usaha dan tawakkal.
Pernah seseorang berpesan;
Jika kita hendak berjaya dalam hidup, jangan terlalu selesa dengan keadaan sekarang. Sentiasa luaskan pemandangan, tingkatkan pengetahuan dan belajar dari kesilapan.
p/s: Tak sabar nak nak baca ebook dari otai blog affiliate, Kitab Teknik SEO Merah Jambu.
Selalunya kalau anak nakal ni, bila besar dia jadi seorang anak yang bijak. Bijak dalam pelajaran dan active di sekolah. Selalu yang saya tengok macam tu la hehe
insha Allah..dengan izin Allah..harap2 macam tu lah nanti. 🙂
Satu pelaburan jangka panjang. Jika bijak melabur mmg berbaloi.
Anak buah sy jgk suka tido dlm kete.
yerp..pelaburan jangka panjang..harap2 membuahkan hasil
Saudara Hafiz, jaga isteri dan anak baik-baik ya.
InsyaAllah mudah urusan dunia akhirat kita. 🙂
Insha Allah..akan buat yang terbaik. 🙂