Ekoran berita yang disiarkan di TV3 berkenaan dengan 4 produk tenusu Dumex yang ditarik balik daripada pasaran tempatan, Hafiz terus buat panggilan ke Call Centre Dumex.
Talian careline yang bernombor 1800-38-1038.
Jika diikutkan, panggilan telefon masih boleh menembusi talian tersebut. Auto teller pun berfungsi dengan baik. Cuma yang menjadi permasalahannya sekarang apabila semua pegawai perkhidmatan sedang sibuk.
Peti suara pun penuh. Aduhai..ni mesti kes dah ramai orang yang call untuk mengadu.
Hmm..nak buat macam mana. Terkena aku kali ni. Dah lah Khair baru je balik kampung tadi. Sebagai langkah berjaga-jaga, nak tak nak terpaksalah aku minta tolong adik aku belikan susu brand baru (kali ni Anmum pulak) supaya Khair bebas daripada risiko keracunan makanan.
Info
Keempat-empat produk yang ditarik balik adalah:
- Dumex Dupro Step 2 – batch no. 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1
- Mamex Cherish Step 1 – 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1
- Mamex Explore Step 2 – 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2
- Bebelac Step 2 – 05023R1 dan 05033R1
p/s: Sepatutnya pembeli bukan setakat wajib dapat refund, tapi wajib dapat ganti rugi jugak sebab banyak masalah yang berkaitan timbul selepas isu ni dikeluarkan.
Lepas ni kena berhati-hati sebelum membeli susu… Terutamanya setelah anak saya yang ke 3 lahir nanti… Terima kasih di atas perkongsian info…
sharing is caring bro.
Mintak maaf en. Hafiz masa sya cari dekat google pasal susu tercemar nie salah satu ada menyatakan produk brand anmum, anlene, anchor/fernleaf. Ank sya minum dumex dupro. Saya dah beli dah untuk stok sebulan lebih. Bila nak g tukar perlukan resit. Jadik kenalah beli susu baru jenama lain. sya belilah lactogen keluaran nestle pulak. Bila tepon careline dia pun sama jugak mcm en.hafiz…
owh yeke..tentang produk lain saya tak berapa pasti pulak selamat diminum ataupun tak..buat masa sekarang saya guna Anmum sebab kakak yang sarankan. Saya call careline lagi hari ni, masih tak ada orang nak jawabkan. hmm
kena refer klinik/hospital bro. takut memberi kesan kat anak ke. ada alahan ke. kita tak tahu semua tu
itu la..kalau ada yang pelik nak bawak g klinik gak..sekarang baby dah balik kampung..hoho
Apa sebab kena tarik balik ni bro? Macam-macam la kan. Kalau beli setin ok lagi la. Kalau yang beli buat stok tu tak ke naya namanya.
Ada bakteria katanya..haish..macam-macam betul
Anak makan Lactogen…ok diharapkan
Lactogen macam tak ada masalah je kan..mungkin nak bagi baby cuba jugak
Camane kalau anak minum susu dumex dugro madu kurma ye..walaupun tak tersenarai dlm 4 yg ditarik blk, tp dah rasa was was la pulak..
Setakat ni produk lain tak ada masalah..cuma ada satu bahan tambahan yang bermasalah..produk lain tak guna bahan tu..rasanya selamat untuk digunakan..insha Allah
Anak aku minum susu dumex dugro honey? xmasuk list.. tapi risau gak…
kalau risau, mungkin boleh tukar lain dah tu bro
Nasib baik anak saya menyusu susu ibu saja
da siap beli anmum…boleh tukar ke ek?
nak kene perah susu kambing/sendiri la pulak jwbnye..huhu
Anak aku Ahmad Zaidi, 5 tahun minum susu dumex dugro 3 – 6, Batch No : 05073B1 ok ker?
Anak saya minum dumex dugro frut&vege 1-3 selamat ke tak?risau juga mana la tau esok lusa teesenarai juga kan?
anak sy minum dumex fruit vege 1-3 tahun. ade isu ke yea?