Elizabeth Tan Makin Mantap

Nah tengok.. Dah makin maju selangkah kehadapan dah Elizabeth Tan. Kalau sebelum ini dia banyak buat cover video rekod sendiri-sendiri je, sekarang siap dah ada official video cover sendiri. Nyanyi lagu Royal by Lorde, siap featuring dengan street percussion band lagi.

Mantap. Sempoi habis.

Apa yang aku nampak suara Elizabeth Tan ni memang boleh pergi jauh. Jarang dapat jumpa amoi cina yang boleh menyanyi sebegini sedap. Suka nyanyi lagu melayu pulak tu. Confirm ramai jejaka-jejaka malaya terakhir yang akan tangkap cintan dengannya.

Rakaman video dia yang paling baru, rakaman nyanyian lagu Selamat Hari Raya. Yang ni pun best, dah jadi ala-ala Saloma moden. Lagu lama diberi nafas baru. Apa-apa pun korang enjoy ye video dia kat bawah.

p/s: Terasa muhibah sangat bila ada bangsa lain yang sudi nanyikan lagu raya kita. Nice.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perabot Berkualiti Tinggi Bersama Stanzo Collection

Dewasa Tak Dapat Duit Raya