Setahun lebih tempoh aku menggunakan tayar Bridgestone Ecopia EP200 pada dugong aku. To be exact, setahun 11 bulan.
Kalau nak dibandingkan dengan tayar stok kilang (Potenza RE080) yang aku dapat masa mula-mula beli dugong dulu, jangka hayat EP200 lebih singkat. Pendek kata, lebih cepat haus, lebih cepat licin.
Ini kerana material getah yang digunakan tayar ecopia ni lebih lembut.
Asas pemahaman kepada tayar kereta ni mudah je sebenarnya. Lebih lembut sesuatu tayar, lebih cepat ia akan haus. Manakala jika lebih lembut sesuatu jenis tayar , maka daya cengkaman tayar tersebut keatas permukaan jalan pun akan jadi lebih kuat (grip lebih).
So far, pengalaman aku menggunakan Ecopia EP200 boleh dikatakan tayar daripada kategori eco-friendly ini performance wise. Nak kata superb macam tayar trek, tak lah sampai macam tu sekali.
Cuma, kalau sekali-sekala dugong nak layan corner dekat Genting Sempah, tekan 100+km/j pun selamba je. Tak membuang sangat.
Peringatan: Bawak laju-laju kalau jadi apa-apa, sendiri tanggung naa. Hahaha.
Nak dijadikan cerita.. jangka hayat tayar EP200 ni dah nak sampai ajalnya. Mileage yang tertera dipapan meter menunjukkan jarak sejauh 120,000km telah dijelajahi (Tolak mileage yang pernah tukar tayar dulu dalam 60,000km, jadi untuk tayar Ecopia ini juga sekadar boleh digunakan sekitar 60,000km+ juga.. tapi untuk EP200 lagi teruk botaknya.. Hahaha). Maka, misi mencari tayar ganti pun bermula.
Dalam hati aku, memang tak berniat pun nak guna jenama lain selain Bridgestone, sebabnya aku memang malas nak remeh temeh study itu ini untuk tahu tayar jenama lain ok ke tak. Bridgestone, memang pilihan hati.
Dan.. Dalam kepala pula cuma terfikir dua perkara, sama ada nak kekalkan tayar jenis yang sama seperti sekarang ataupun revert back to jenis tayar stok kilang yakni Potenza RE080.
Survey punya survey.. maka, aku bernasib baik.
Kerana di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (berdekatan dengan rumah aku), rupa-rupanya stok tayar Potenza RE080 ni berlambak-lambak kedai tayar jual.
Berbeza dengan 1 tahun dulu punya cerita, nak cari stok tayar Potenza RE080.. punyalah payah. Sehinggakan berbelas-belas kedai tayar aku yang aku pergi tanya, satu kedai pun tak ada simpan stok. That’s why masa tu aku terpaksa pilih Ecopia EP200. Hohoho.

Cuma.. Bab harga, macam biasa. Bilamana dah banyak kedai tayar dekat Seksyen 7 ni jual jenis tayar yang sama, kita kena rajin survey. Ada yang letak mahal, ada yang letak murah. Kena pandai pilih.
Paling murah aku dapat RM185 sebiji dan pakej bila tukar keempat-empat tayar, alignment dan balancing akan dibuat secara percuma. Okay la tu kan, not bad.
So far bila dah tukar balik pakai RE080, perasaan puas hati tu memang ada. Terasa seperti bawak dugong baru keluar kedai. Lebih-lebih lagi apabila mamat bangla yang buat kerja tukar tayar aku tu cermat orangnya. Alignment yang sebelum ni lari teruk pun, dia betulkan balik kasi cun.
Tak sampai sejam, siap.
Yeah.. lepas ni dah boleh layan corner tanpa ragu-ragu.
Total damage, RM805.60 Ini dah dicampur tolak 6% GST dan tukar valve isi angin pada rim tayar. Woot.. woot. Start enjin.. Dugong nak beraksi diatas jalan. Kalau korang nampak dugong aku kat atas jalan, sila beri laluan okay. Hehehe.
Potenza RE080 – tayar jenis passenger tyre ni rekabentuknya memfokuskan kepada sports dan perfomance. Kalau tak silap aku ia merupakan tayar OEM untuk Vios model 2007. Dari segi performance.. Cornering cun, bunyi tak kuat, brake pun cengkam elok je. Cuma ia keras sikit daripada Ecopia EP200. Tapi part yang bestnya.. Tayar ni tahan lama dan harga pun lebih murah. Cuma dari segi design, tak berapa nampak stylo lah kan.
kete den pun nak kena tuka tayar ni, adoyaiiiiiiiiiiii
Setakat ni saya tak pernah pakai tayar Bridgestone.. Biasa pakai tayar Toyo jer.. Harganya mahal sikit… Tapi Alhamdulillah… Puas hati dengan performancenya …
pasni boleh layan corner genting sempah lg ni
design nampak buruk.
tapi pedulik apa kan..
jadi drift melintang lepas korner.