Difahamkan cara orang Hong Kong makan durian tak sama dengan cara orang kita makan durian di Malaysia.

Di tempat kita, kalau nampak je orang jual durian tepi jalan.. Majoriti akan terus berhenti, tarik hand brake dan ajak family berkelah tepi jalan.

Berbeza dengan orang Hong Kong, kebanyakan diantara mereka orang berada. Jadi, mereka dihidangkan dengan platter style.

* Platter style disini, bermaksud mereka makan berhidang.

Nak dijadikan cerita.. Semalam, rezeki aku dapat jemputan dari seorang kawan. Dijemputnya ke open house, ke tempat melepak makan durian yang baru dibuka di tengah-tengah bandar KL, DurianBB Park namanya.

Disini, bersempena dengan open house DurianBB Park tersebut, aku beruntung kerana bukan saja dapat makan durian seberapa banyak yang aku mahu. Malah turut berasa untung kerana menjadi salah seorang yang dapat merasai sendiri pengalaman unik cara orang Hong Kong makan durian.

Bayangkan, satu pinggan panjang diletakkan 5 ulas durian; daripada jenis Kampung kahwin, 101, D13, XO dan jugak Musang King. Secara teknikalnya ulas-ulas durian dari gred terbaik ini dihidangkan dan disusun sebegini rupa supaya pengunjung dapat menikmati keenakan rasa durian daripada rasanya yang mild hingga ke strong.

6 ulas yang pertama. Selepas tu tak ingat dah berapa kali menambah. Banyak kali sampai rasa nak muntah makan durian. Ha ha ha.
Bukan setakat makan durian fresh, aiskrim durian pun ada.

Tambah menariknya lagi apabila tempat DurianBB Park ini juga dibina di dalam satu lot tanah yang besar. Jadi, selain korang boleh makan dengan tenang tanpa memikirkan soal keselamatan di tepi jalan raya.. korang juga boleh biarkan anak-anak korang makan durian sambil main kejar-kejar.

Terdapat juga few container building yang dibina untuk pengunjung yang sukakan privacy. Kiranya kalau nak bawa client datang menjamu durian sambil bincang hal-hal bisnes, sesuai dangat lah tempat sebegini.

Honestly, bila dapat makan durian sedap-sedap ditambah pula dengan tempat yang santai molek. Rasanya, in future kalau terasa nak makan durian boleh set tempat ni as favourite.

Lagipun, difahamkan oleh pemilik DurianBB Park ini sendiri.. Durian yang dijual didatangkan fresh dari kebun milik mereka sendiri. Harga jualan bergantung kepada harga pasaran. Jadi, kalau masa tu harga pasaran tengah murah.. kat sini pun jual murah.

Harga makan durian platter style? Katanya owner belum decide.

So, untuk korang stay tuned dengan info dan offer-offer menarik daripada diorang, jangan lupa bookmark dan follow laman web rasmi mereka di durianbbpark.com. Peta untuk ke lokasi juga disertakan disana.

p.s: Merasa jugak makan Musang King. Memang sedap. Patut la harga mahal. Perut dah kenyang pun paksa telan jugak. Ha ha ha.

5 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini