Durian Murah Sg.Chua

Fuuhh.. musim raya ni elok pulak harga durian tengah murah. Durian Udang Merah, aku dapat beli tadi RM10 je sekilogram.

Nak makan berdua, bungkus 3 biji bawak balik. Total harga kena dalam RM45 je. Siap mintak tokey kedai isikan dalam bekas polisterin.

Durian Udang Merah

Puas hati beb makan durian Udang Merah. Isi kuning, rasa manis-manis lemak. Makan sekali, memang melekat kat tekak. Siapa tak makan, rugi!

By the way, port gerai aku selalu beli durian ni dekat je dengan rumah aku.. Kat Sg.Chua, Kajang. Harga kat sini kalau nak compare dengan harga durian kat SS2, memang jauh beza. Durian jenis yang sama (Udang Merah), kat Sg.Chua boleh dapat RM10 sekilogram (tahun lepas RM8 sekilogram).. tapi kalau kat SS2 jadi Rm15 sekilogram.

Belum kira harga Musang King lagi, RM35 sekilogram. Kalau beli dekat Sg.Chua, Musang King boleh dapat RM20 sekilogram. Beza tak? Hohoho.

p.s: Cuma satu je la pesanan aku kalau korang nak beli durian kat Sg.Chua ni. Kalau boleh elakkan pergi waktu petang, sebabnya dalam jam 5 atau 6 tu kebiasaanya durian dah habis. Tinggal bakul je.

p.s.2: Kat bawah ada map nak pergi gerai durian Sg.Chua, korang boleh usha untuk tahu detail koordinat. Nama kedai, minta maaf.. aku tak tahu. Sebabnya, memang tak ada tulis tulis. Tapi kalau dah sampai sana tak ada banyak gerai buah pun.. gerai dia je. Sure jumpa punya lah.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *