in

Durian Crepe? Ke Durian Pancake?


Sejak seminggu dua ni ramai pula yang bercerita tentang durian crepe. Mula-mula dengar tu agak lost jugak la..ape benda durian crepe tu?

Bila di Google..rupa-rupanya..Ooo durian pancake.

Actually kalau ikutkan durian pancake ni dah pernah famous dulu. Tak silap Hafiz seawal tahun 2010 ianya mula diperkenalkan. Siap ada slot khas lagi dalam paper. Masa tu bila dah keluar dalam paper, boleh dikatakan selalu jugak la Hafiz dan wife beli.

Gerai yang dari dulu sampai sekarang, jual durian crepe @ durian pancake sahaja

Kedai yang mula-mula menjual makanan pencuci mulut ni terletak di tingkat LG Midvalley Megamall, berdekatan dengan Big Apple Donuts & Coffee. Harga yang ditawarkan adalah RM10 untuk 6 ketul. Ok lah tu, tak lah mahal sangat. Rasa pun sedap. Macam makan durian Musang King. Hehehe. So, kalau korang rasa nak beli..boleh lah ke sana. Dan bagi sesiapa yang rajin pula, boleh je search cara membuat durian crepe. Banyak je tunjuk ajar dalam blog-blog kat luar sana. Tinggal rajin atau malas je nak cari.

P/s: Selalunya, 6 ketul ni Hafiz sekali hadap je..tak sampai 5 minit habis. Hehehe

Update: Harga dah makin mahal, tak sanggup dah nak beli.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

37 Comments

Leave a Reply
  1. Setakat ni tak pernah lagi makan durian crepe ni, tapi sebab sekarang ni jadi hit balik, ramai yang menjual dengan harga yang lebih tinggi… dan sebabkan sekarang ni memang musim durian, layan jer makan durian sebenar… hehehe

  2. emm kalo pendapat jujur saye xdela sedap sangat, mungkin saye high expectation dengar orang komen sume kate sedap sgt..last2 aiii emmm makan durian fresh lagi sedap..

Leave a Reply to hafizrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *