Durian Buah Kegemaran Ku

Musim durian datang lagi. Sekarang ini kalau pergi mana-mana mesti akan terpandang orang jual durian tepi jalan.

Sedap oo..

Walaupun mat saleh kata buah durian ini busuk, tetapi bagi aku buah durian adalah buah paling sedap di dunia..memang feveret aku dari kecil lagi. Tiga biji durian, aku mampu habiskan seorang diri je.

Yang paling aku termimpi-mimpi durian Musang King..Udang Merah pun sama. Isi kekuningan. Peh..tangkap leleh gua cakap lu.

Musang King
Musang King

Dan selalunya kalau dah sampai masa aku mengidam nak makan durian, Soon Huat Durian Market yang jadi sasaran. Gerai durian ala-ala SS2 yang famous tu, cuma gerai ini bukan jenis buffet durian.

Soon Huat Durian Market

Makan durian kat sini puas hati, sebab dari awal lagi aku boleh pilih sepuas hati. Isi keras sikit kalau aku cakap taknak, mesti tokey Soon Huat akan tukar tanpa banyak bunyi. Harga tak mahal sangat, tempat makan pun selesa..mamak style.

Durian Murah

Jadi, kalau korang yang rasa nak makan durian dekat SS2 tu jauh, aku memang sarankan korang makan dekat Soon Huat Durian Market. Senang je, cuma cari CIMB Bank Pandan Jaya..gerainya diseberang jalan.

Soon Huat Durian Market

Jalan Pandan 1, Pandan Jaya,

55100 Kuala Lumpur

Update: Gerai ni dah pindah ke tempat lain yang belum dapat aku pastikan. Kalau dah jumpa nanti aku update ye.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 22 Comments

    Leave a Reply
    1. Berapa ringgit harga 1kg Musang King dekat sana? Tentu mahalkan… 2 Minggu lepas beli Musang King dekat Batu Gajah pada harga RM27/kg… Walaupun mahal, terpaksa ku beli juga demi isteri ku yang sendang mengidam nak makan Durian Musang King

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Astro Celebrates Merdeka

    Kuruskan Badan Dengan Betul