in ,

Duopharma Biotech Berhad (dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma Biotech Berhad) (“Duopharma Biotech”) Sebagai Peneraju Penghasilan Produk Farmaseutikal Halal


Tak dinafikan dalam aktiviti seharian, pengambilan suplemen membantu kita untuk meningkatkan kesihatan. Aku sendiri pun mengaku, pengambilan multi-vitamin membantu menyihatkan badan setelah usia semakin meningkat.

Namun begitu dalam pengambilan produk-produk sebegini, bagi sesetengah orang terutamanya yang beragama Islam, pengambilannya perlulah mematuhi hukum syarak dimana produk-produk yang digunakan mestilah bebas daripada menggunakan bahan-bahan yang terlarang ataupun haram.

Walaupun sebelum ini isu halal produk farmaseutikal tidak menjadi satu isu yang panas ataupun sering didebatkan, akan tetapi senario ini mula berubah apabila kini pengguna sedia maklum tentang konsep halal yang sebenar dalam semua aspek kehidupan.

Bahkan bila ditanya secara umum, bukan sahaja penganut agama Islam yang menitik beratkan isu halal ini, tetapi mereka yang beragama lain juga mula mementingkan jaminan supaya ubat-ubatan dan suplemen kesihatan yang diambil diperakui status halalnya dan dalam masa yang sama berkualiti tinggi.

Sekadar makluman, pernah satu ketika dulu dalam satu ujian di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) yang dibuat pada bulan November 2009, satu penemuan mengejutkan dijumpai yang mana hampir 30% daripada 100 jenis produk kesihatan yang diuji didapati tidak halal kerana menggunakan gelatin daripada sumber haram dalam pembuatan kapsul produknya.

Justeru itu hasil daripada ujian tersebut menjadi titik permulaan dimana orang ramai mula mengambil berat tentang status halal ubat-ubatan dan suplemen kesihatan yang ingin dibeli.

Peranan Duopharma Biotech dalam menyediakan produk farmaseutikal halal

Apabila wujudnya pilihan dalam penyediaan produk yang berkualiti serta tidak meragukan status halalnya, Duopharma Biotech Berhad adalah sebuah syarikat yang mengambil inisiatif untuk menjadi pembekal serta rakan pilihan produk halal pharma secara global.

Melalui Duopharma Biotech Berhad, pengertian disebalik perkataan halal bagi mereka adalah bermaksud produk-produk farmaseutikal keluaran mereka yang telah mencapai standard yang ditetapkan, serta melalui proses Pensijilan Halal Malaysia yang ketat dan mematuhi syarat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai sebuah syarikat yang diiktiraf secara serantau, Duopharma Biotech Berhad bukan sahaja memastikan bahawa produk-produknya dibuat secara semula jadi dan selamat untuk digunakan, malah ianya juga menepati syarak dan membawa manfaat kepada kesihatan pengguna Islam dan juga bukan Islam.

Apakah produk-produk keluaran Duopharma Biotech Berhad?

Mungkin ada diantara korang yang tertanya-tanya apakah produk-produk farmaseutikal yang dikeluarkan oleh Duopharma Biotech Berhad kepada pengguna?

Ianya termasuklah produk-produk vitamin dari jenama CHAMPS, Proviton, Flavettes. Tidak kurang juga ubat sakit kepala Uphamol 650 dan juga Eye Glo bagi menangani masalah mata kering.

Selain produk-produk yang dinyatakan, terdapat lebih 300 produk farmaseutikal yang dikeluarkan oleh mereka, dimana kesemuanya adalah berstatus halal untuk digunakan.

Dan dalam usaha memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada umum tentang produk-produk farmaseutikal halal ini, Duopharma Biotech Berhad sebagai peneraju dalam bidang ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran pengguna menerusi laman web mereka halal4pharma.com, akan tetapi ia juga berkongsi maklumat mengenai faedah-faedah penawaran halal dan mengapa ia penting kepada pengguna.

Untuk bacaan yang lebih lanjut mengenai Duopharma Biotech Berhad dan maklumat yang berkaitan dengan produk farmaseutikal halal, korang boleh layari halal4pharma.com.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply to Nina Mirza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge