Dulu Takut Bunga Api, Sekarang Tidak Lagi

Setahun simpan bunga api atas almari dalam bilik. Sebabnya dulu Khair takut nak main, bila cucuk je bunga api pada api.. terbakar.. dia akan berundur ke belakang. Minta daddy yang mainkan.

Berbeza dengan sekarang, dah agak berani sikit.

Semalam acah-acah dia ajak main bunga api. Tak sangka dia boleh pulak setuju. Angguk-angguk sambil melompat kegembiraan sebab ada bunga api.

Khair main mercun

Agaknya level of confidence dah tinggi. Perasaan takut yang dulu tu pun dah mula hilang (awal hari raya tempoh hari, dia banyak bermain dengan mercun “pop” je sedangkan sepupu dia main mercun bola. Tu pun dia duduk jauh tutup telinga. Bunyi letupan kuat, terus menjerit suruh berhenti main.. Hahaha).

Tapi.. berani punya berani pun. Bila nak nyalakan bunga api, daddy kena pegang tangan dia lagi. Sebab bila dia cucuh, bunga api tak nyala (sebabnya tangan bergerak, tak duduk setempat.. kejap-kejap ke depan.. kejap-kejap ke tengah).

Bila dah nyala.. apa lagi. Senyum, seronok sangat sambil ada lah 1-2 lagu raya yang keluar daripada mulut dia. Hehehe.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 5 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Musim Raya, Tempah Nasi Dagang Untuk Open House

    Game Review LEGO Star Wars: The Force Awakens