Dugong Kembali Berkilat


Yeah.. Misi awal tahun berjaya. Bangun seawal jam 8 pagi semata-mata untuk cuci kereta dan polish sekaligus. Semuanya buat sendiri hokay. 4 jam baru siap (jam-jam yang terakhir minta bantuan isteri sebab tak larat nak polish sorang-sorang. Hehehe).

Polish Vios

Polish kilat Soft99

Warna kotor kereta yang pada awalnya putih kekelabuan, bila dah di polish akhirnya kembali menjadi putih macam baru keluar kedai. Terima kasih pada polisher Black & Decker dan polish Soft99. Senang kerja aku. Kalau nak harapkan buat manual polish guna tangan, agaknya sampai petang baru siap kot. Nak hantar kedai polish, makan RM200-300. Isk.. Mahal.. Mahal.

Mesin polish Soft99

Sekarang.. Kereta dah bersih, hati pun senang. Bila jeling je tengok kereta dari jauh, peh.. kilat siot. Hinggakan rasa sayang pula nak pandu bawa jalan-jalan. Takut kena hujan. Hahaha.

Apa-apa pun, misi cuci kereta dah berjaya. Tunggu 2-3 hari lagi, kalau mood rajin ni masih ada, nak cuci motorsikal pulak.


13 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini

CommentLuv badge