17hb November – Hari yang penuh tragedi apabila sedang Hafiz menjamu selera di majlis perkahwinan BroFramestone, tiba-tiba Hafiz dan wife dikejutkan dengan panggilan telefon daripada kakak mengenai kemalangan yang menimpa suaminya. Panik dengan berita yang diterima, kitorang serta-merta bergegas ke tempat kejadian. Pada masa itu, dah masuk je highway Utara-Selatan..jika ada speed trap AES pun sudah dah tak dipedulikan. Speedometer maintain je di takuk 140kmj keatas.
Panggilan telefon daripada mama dan papa yang sedang risau di Kuala Terengganu juga tak putus-putus. Tapi apa yang boleh dijawab hanyalah..”masih lagi on the way. Kalau tak silap, perjalanan dari Behrang ke Ulu Yam ketika itu mengambil masa lebih kurang 40 minit.
Sesampainya di lokasi kejadian, kereta abang ipar telah pun dibawa trak penunda. Dipendekkan cerita, semua urusan selesai dibuat termasuklah laporan polis. Rupa-rupanya jangkaan Hafiz bahawa hanya abang ipar seorang je yang terlibat dalam kemalangan itu, salah sama sekali. Anak buah, Danish juga turut terlibat. Keadaan Danish agak teruk, muka bengkak diikuti calar-calar akibat hentaman kuat daripada airbag. Tapi mujur ada airbag, kalau tak mesti lagi teruk jadinya.
selepas kejadian
semakin membengkak
Bila diceritakan semula oleh abang ipar, rupa-rupanya semasa dia on the way pulang ke rumah di Kuala Kubu Bahru..terdapat sebuah kereta satria yang dipandu laju dalam hujan terbabas ketika mengambil selekoh menuruni bukit. Kereta yang dipandu remaja belasan tahun itu berpusing lalu menghentam bahagian depan kereta yang dipandu abang ipar. Agak teruk jugak.
ketika kejadian
lokasi: sebelum tempat tadahan air bukit
rosak teruk bahagian depan, kereta yang baru berusia 5 bulan
Setelah selesai membantu apa yang termampu, Hafiz berangkat pulang ke bangi. Tapi..Nak dijadikan cerita..Sekali lagi Hafiz diduga. Semasa dalam perjalanan melalui kawasan perumahan Antara Gapi, Rawang..betul-betul diatas jambatan berhampiran kawasan perumahan tersebut, dari jauh dapat dilihat sebuah bangkai kereta yang remuk tersadai di tengah-tengah jalan. Kereta yang agak usang. Pada mulanya dalam fikiran Hafiz, mungkin kereta ni telah lama dibiarkan disitu. Hafiz melintasi kereta itu dengan perlahan sambil tingkap kereta diturunkan untuk menikmati udara malam yang sepoi-sepoi bahasa. Kemudian, sayup-sayup terdengar seperti bunyi enjin kereta yang tersadai itu masih hidup.
Terdetik dalam hati, tak mungkin enjin masih hidup jika kemalangan sudah lama berlaku. Lalu Hafiz mengambil keputusan untuk pusing semula ke arah kereta tersebut. Berbekalkan lampu flash dari handphone Samsung, Hafiz cuba memberanikan diri untuk menjenguk kedalam kereta yang remuk itu. Perasaan cuak dan seram memang tak boleh nak dibayangkanlah, tapi curious punya pasal..kugagahkan diri juga.
baju putih tu bukan hantu, tapi si isteri yang tengah tolong suluh lampu
ibarat tin kosong
Kali ni betul sangkaan Hafiz. Kereta tersebut baru sahaja terlibat dalam kemalangan. Ternampak seorang lelaki India tua yang kedudukannya agak terperosok kebawah steering kereta. Keadaannya longlai dan nafas tersekat-sekat. Owh..memang gelabah Hafiz dibuatnya. Hanya lambaian kepada 2-3 biji kereta yang lalu lalang mampu dibuat. Nak call ambulans line tak ada. Mujur ada kereta lain yang berhenti menolong. Kawasan yang awalnya lengang, makin lama makin dipenuhi orang yang lalu lalang. Ambulans dan polis pun dah dalam perjalanan. Lega. Selepas dirasakan keadaan mula terkawal, Hafiz pun tinggalkan rempat kejadian.
P/s: Balik rumah..tenaga yang tinggal hampir ZERO percent. Dalam hati rasa takut pulak perkara sama berlaku pada diri sendiri. Astagfirullahalazim. Mintak dijauhkan semua tu.
ya allah….kesiannnyaaaa danish…sakit tu..
semoga semuanya sihat…
sakit tu dkna..tiap2 kali nak cuci, meraung..rasa sebak bila dengar
Kasihannya tengok muka danish tu… Kepada bro Hafiz, lepas ni pun kena pandu dengan lebih cermat walaupun ada kecemasan, bila kita memandu laju ni, kawalan untuk berhenti dengan cepat tu sudah semakin kurang.
Semoga semuanya cepat sembuh…
itu lah bro..lepas dapat berita, hilang pertimbangan jap..dah selesai semua baru teringat, bawak laju ni merbahaya..
Ya Allah, .. nasib kete jer remuk dan semua selamat. Bagus lah Hafiz berenti, kalau x apa lah jadi dengan orangyang eksiden tue.
Ya Allah …
harta benda takpe musnah, jgn nyawa..tak boleh cari ganti dahh
kesiannya danish ..hurmmm
betul tu bro
agak teruk juga kemalangan ini, semoga di jauhkan perkara sebegini..
Ya Allah besarnyer dugaan Allah berikan kan.. Walaupun tak kepada kita tapi tetap berlaku depan mata kita.. apatah lagi saudara mara kita.. Sedih tgk Danish.. moga cepat sembuh..
Fuh…. berhati2 dijalan raya…
Rasanya AES perlu dipasang di tempat begini.. dan bukannya di highway he…23x
Perkara macam nilah yang aku paling tak suka dengan sikap pemandu kita ni. Disebabkan kecuaian org lain, kita jadi mangsa..
tau takpe..kalau dapat kat aku budak tu, memang dah bagi penerajang dah..bawak kete menyusahkan orang..
kesiannya kat anak abang ko tu… mesti dia kesakitan tu.. ni mamat satria tu punya pasal la ni.gampang. menyusahkan orang lain.. dah tau jalan hujan, bawak kereta macam orang gila apsal?? menyusahkan orang lain je la.. aku doakan semoga anak abang ko akan cepat sembuh.. kesian aku tgk dia..
memang kesian bro..tak sampai hati tengok bila nak cuci luka..mesti meraung..kalau dengar dia meraung, rasa nak terajang-terajang je budak yang bawak satria tu
kesian danish.. hope get well soon dan semuanya okay.. kekadang leh jadi trauma yang tak kuat…
sian budak comel tu..
kuat semangat anak buah tu… hati bro memang baiklah
kesian danish…agak teruk juga tu, danish mesti trauma kan lepas accident tu..kalau tak pun mesti selalu mengigau kesian..malang tak berbau..tak kita langgar orang, orang plk langgar kita..
memang trauma sampai sekarang. siap cakap tak nak naik kereta yang accident tu lagi.
Hulu yam ngan antara gapi tu memang seram