in

Dua Info Penting Tentang Astro Njoi


Punyalah susah nak dapatkan info tentang Astro Njoi. Dekat website, maklumat tak cukup. Bahagian FAQ pun setakat bagi jawapan kepada soalan yang terlalu general.

Aku cuba call customer service, dari pagi sampai ke petang tak ada orang jawab. Busy sangat katanya.

Hmm..

Tapi nasib baik ada rakan di Facebook yang sudi bantu. Dapat lah juga jalan penyelesaian.

Okay.. Maka, disebabkan dua info ini sangat rare dan susah nak dicari. Jadi aku kongsikan juga dalam blog Hafiz Rahim supaya in future akan memudahkan orang lain membuat rujukan. Boleh rujuk dibawah:

Cara tukar Astro ke Astro Njoi
Sila abaikan image dan komen yang tidak berkaitan. Hahaha

Amacam? Faham? Mudah je kan.

Aku highlight balik apa yang cuba disampaikan.

  • Akaun astro yang belum tamat kontrak tidak boleh ditukarkan kepada Astro Njoi.
  • Untuk tukar Astro lama kepada Astro Njoi, pastikan tiada bayaran bulanan yang tertunggak.
  • Tiada bayaran bulanan untuk free satelite TV Njoi ini, bayaran hanya dikenakan sekiranya korang subscribe channel berbayar.
  • Dan yang paling penting, buat masa sekarang penukaran akaun DIHENTIKAN buat sementara waktu. Hanya pembukaan akaun baru sahaja dibenarkan.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

29 Comments

Leave a Reply
  1. Aku nak gi tukar NJOI jugak hari tu tapi Astro cakap dihentikan buat sementara waktu kecuali kena daftar baru yang tu boleh buat.. Dihentikan sementara tu taktau sampai bila. Frust btol rasanya.. Terpaksalah bayar bil Astro macam biasa.. Hampeh betol..

    • Syarat dia cuma dah habis kontrak dengan Astro dan takde bil tertunggak je..

      Sebelum ni boleh terus tukar dari Astro kepada NJOI tapi dah dihentikan 31 Oktober hari tu.. Kalau nak jugak cuma ada pilihan terminate akaun Astro dan buka akaun NJOI baru.. Harga RM328 sekali bayar tanpa bil bulanan..

  2. hentikan dulu tukar njoi sebab tak berapa masyukk
    langganan baru njoi masih lagi bawa duit kepada astro
    entah bilalah nak buka balik, tak sabar nak berhijrah juga ni.

  3. Rasanya ada baca kat page NJoi hari tu pasal cara2 nak pindah dari Astro ke Njoi .. dan apa yang ditulis kat atas itu adalah benar.

  4. tak payah pakai astro kalau ada stremiks atau yes4g. bosan tahap gaban sebab boleh pulak ulang cerita lama yg lapuk.

    aku sendiri pakai antena dalam.

  5. Ala..kene stop sementara waktu ke? Baru nk berhijrah je njoi..nampak gaya kne tunggu la ni ye..xpe2..sabar2..anyway thnx sgt2 dgn info ni..

  6. AA baru je dapat free 3bulan dr Astro gara2 nk terminate astro.syaratnya lepas free 3 bulan tu,bayar 3 bulan lagi dan bole la nk terminate selepas tempoh 6 bulan tu.

    • Maksudnya dalam kontrak tu AA nak terminate then diorang counter offer frre 3 bulan, bayar 3 bulan lepas tu boleh terminate tanpa bayar penalti? Hari tu nak terminate, AA request melalui fon call atau pergi kaunter?

  7. nasib baik aku dah setahun berjaya daftar njoi…padahal aku ada satu lagi akuan astro guna nama aku..yang aku pasang dekat kampung..dekat rumah aku sekadar Njoi ne sebab xde masa nak tengok cerita memanjang…dapat tengok berita pun dah cukup

  8. Sebelum ni tak pernah terfikir pula nak tukar tapi baca ni mcm nak tukar pulak. Bukan layan sgt pun astro sekarang ni. Dok tgk tv3 n tv9 ja pun.

  9. klu guna njoi n ambil channel brbayar nk bayar bil kat mn ye?tiap2 bln njoy hntr msg je srh pi byr tp nk bayar kat mn.dulu buat outopay kat TM tp skg dh x blh..poning denn

  10. Sy nk tanya…mcm mana nk stopkan astro on the go…Tiba2 ada charges…customer service call ckp psal astro on the go…sy xsetuju pn…bill bln ni dh charge utk on the go plk…frust betoi ngn astro

    • Saya baru je tukar astro beyond ke Njoy, saya kena cas sebanyak RM400 lebih. Saya tak ada apa2 hutang kat astro, yg saya tahu baki duit dlm ac astro ada lagi dlm RM460, rasa tertipu, kalau saya tahu baik saya terus tutup ac astro, buka ac baru pasang Njoi lagi murah

Leave a Reply to Siti Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *