Dua tiga hari ni memang ramai la yang akan bersembang tak habis-habis pasal Bajet 2016. Itu kurang, ini kurang. Itu tak bagus, ini tak bagus.
Aku?
Dah lali dah. Kalau nak ikutkan rasa tak puas hati, memang dari dulu lagi tak puas hati. Sebabnya, aku ni kan kerja dalam sektor swasta, peruntukan yang PM umumkan setiap tahun.. majoritinya boleh dikatakan bukan diperuntukkan untuk golongan-golongan pekerja seperti aku.
Jadi, apa yang boleh aku buat? Hmm.. tak boleh buat apa pun. Melainkan mampu tengok je.
…
…
Tapi..
Untuk bajet tahun 2016 ni, aku mula nak ambil kisah dengan bajet yang dibentangkan. Macam tadi, aku bukan sekadar duduk pasang telinga tanpa ambil peduli. Tapi aku cuba untuk hadam beberapa isi penting yang cuba disampaikan oleh PM kita.
Dan diantara bajet yang berjaya mencuri perhatian aku, iaitu:
Saban tahun umur aku makin meningkat. Kalau nak mengharapkan belas ikhsan daripada pihak kerajaan semata-mata, aku tak akan kemana-mana.
Dengan bajet ini yang dibentangkan oleh PM sebentar tadi, dah boleh dah kiranya aku mula simpan duit dan survey-survey kawasan yang berkaitan untuk invest dalam bidang property. Well.. biasalah. Seperti yang kita sedia maklum, bila terbinanya kemudahan awam disesuatu tempat.. ianya secara tak langsung akan meningkatkan nilai hartanahnya. Betul tak?
Jadi, hint dah dapat. Tak perlu nak tunggu dan buang masa lama-lama kot, kalau ada duit.. insha-Allah boleh cuba dapatkan satu atau dua rumah berdekatan dengan kawasan yang dimaksudkan. Beli rumah lelong pun tak apa, janji ada aset. Ye lah.. Rumah kan makin lama makin mahal. Rugi la kalau tak grab peluang yang ada kan.
Note: Klang dan Sg.Buloh dalam perhatian, kalau ada rezeki aset kedua nak cari belah-belah sana pulak.
p.s: Sekadar perkongsian.. Kalau nak apply loan dengan mudah, korang boleh ikut panduan ni.. Panduan mudah lulus pinjaman.
benar juga nih informasinya
Dah siap jalan atau dah tahu jalan mana nak dibina baru beli rumah. Kalau beli awal, takut tapak rumah kena ambil untuk dibuat jalan.
Betul bro. Kena study skit la kawasan yang dimaksudkan tu. Jangan main terjah je.
betul tu, memang tak ada apa untuk kakitangan swasta, tapi looking at the positive side, jom beli properties!
bila ada MRT, hartanah di sekeliling automatik jadi mahal.
kira – kira saya bisa ga saya dapet 1 M dalam setahun ?
Alamak nanti harga property kat situ mesti akan naik
Terbaik bos, laluan naga tu..