Seriously aku memang kagum dengan mereka yang ada bakat melukis. Masa aku sekolah dulu, kalau ada student yang hasil lukisannya cantik dan mengagumkan, mesti aku akan tabik gila-gila. Bagi aku, untuk hasilkan seni lukisan yang menarik bukan senang nak buat. Pelukis yang baik kena ada daya imaginasi yang tinggi dan juga skill yang mantap.
Aku.. pelukis yang bagus ke?
Err.. Jujur.. Tak.. aku bukan salah seorang daripadanya.
Kalau dalam kelas pendidikan seni disekolah dulu, boleh dikatakan aku antara pelajar yang tercorot dalam kelas pendidikan seni. Tapi kalau dalam subjek matematik, tak ada masalah. Hohoho.
Bercerita tentang hal seni lukis ini, aku recap kembali tentang satu event yang aku hadiri baru-baru ini. Event tersebut yang berlangsung di Shell Damansara, diadakan bersempena dengan kolaborasi Shell dan Doodle Malaysia untuk menjayakan kempen terbaru mereka iaitu “Doodle Your Moment“.
Kempen “Doodle Your Moment” ini yang mengetengahkan beberapa orang pelukis doodle seperti Lyndon Loo, Tuyuk dan lain-lain yang akan menyumbangkan hasil kerja mereka kepada umum, dimana mereka akan menggunakan 100 moment-moment yang paling menarik yang disumbangkan oleh pengunjung Shell Select untuk diabadikan didalam bentuk doodle.
Doodle – yang bermaksud conteng/lakaran tanpa memikirkan sesuatu yang berat, ataupun dipanggil freehand art.
Contoh-contoh moment menarik yang dimaksudkan antaranya adalah seperti korang sedang menikmati minuman kopi enak bersama rakan-rakan di Shell Select ataupun sedang mengisi perut dengan pastri-pastri yang lembut dan sedap ketika berkunjung di Shell Select berdekatan dengan korang.
Throwback semasa event diadakan tempoh hari.. Sempat juga aku grab peluang untuk request Lyndon Loo untuk melukis gambar karikatur aku. Dan hasilnya..
Terbaik. Siap dalam tempoh masa 5 minit. Laju betul tangan tu melukis. Cukup hebat. Kena pula dengan lakaran aku sebagai Superman. Memang smart beb. Hahaha.
By the way, bagi korang yang ingin mengambil bahagian untuk menyertai kempen Doodle Your Moment ini boleh cuba menghantar penyertaan korang melalui langkah-langkah seperti berikut:
- Kunjungi mana-mana Shell Select yang berdekatan
- Ambil gambar yang menunjukkan ia adalah satu moment yang menarik
- Upload ke Instagram korang dengan hashtag #ShellKita.
Nota: Kempen terbaru Shell ini tak susah, it’s easy as always. Untuk meningkatkan peluang moment korang dipilih sebagai top 100 yang akan diabadikan dalam bentuk doodle, korang juga boleh sertakan caption paling kreatif yang tak melebihi 40 patah perkataan. Caption panjang macam karangan, tak perlu la kot. Kang bosan orang baca.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, korang boleh layari www.shell.com.my/motorists/inside-our-stations.html.
p.s: Shell Select adalah pit stop kegemaran aku sekiranya berhenti rest & rilex ataupun untuk mengisi minyak kereta. Disamping diberikan layanan 5 bintang oleh pekerja-pekerjanya, di Shell Select inu juga terdapat banyak pilihan makanan dan minuman yang sedap-sedap.
Setiap hari ahad dekat sini juga ada lukis gambar guna kopi, buat di kulit. Macam tatto.
Ehhh senang jer contest die… Kagum aku weh yg lukis guna air kopi tu… Pehhhh…
Yang lukis pakai kopi memang menarik perhatian, comel pula lukisan tu..
kat mana nak dapat doodle kopi tu?
Lukisan en Hafiz pun hebat aa. Realistik sangat musle tu
Saya pun rasa kagum dengan mereka yang ada bakat melukis
.
Cuma melukis ni pun ada ilmu & adab petlu dijaga
.
Batas syarak perlu tahu
.
Supaya kita dapat pahala 😁 dan jauh dari bala
perghh sadoooo untunglah…
Bestnya! Jeles betul dgn orang pandai lukis ni
budak seni,pendidikan seni spm A tapi tak pandai lukis,cam ne? hahaha bestnya shell suka buat promosi benda2 seni ni.
cantiknya yg guna air kopi tu..kagum..
tu gambar superdad ke suparman? hehehe
Wah, menarik. Wajib join ni
perghh kreatif sgt guna air kopi ..
Kenapa sini takdak 😭😭😭😭 teringin nak buat . Sebab ritu ada kt kluang mall tapj beraturr.. emm emmm lukiskan lisa please 😀
Wahh. Nak join laa..
Wahh lukis guna air kopi tu kreatifnya. Teringin nak tgk camna dia lukis tu
Waaahhh, tuyuk tu kawan aku…. Memang ohsem bila dia lukis… Nak join gak lah…
Wahhhh!!! Benda² macam ni memang suka sangat..passion gitu..cuma virus M je lebih. Haha.
Aiyoo..gambo superman sexy sangat ke sampai melting² langgar syarak gitteww! Opss
Kalau diorg lukis muka aku mesti jadi cam Thor…
Bukan senang nak buay doodle ni. Yang betul kreatif jer boleh buat. Shell lak sebelah umah jer..
Wow kagum dengan orang yang ada bakat melukis ni. bukan senang nak collaborate minda, tangan dan inner peace untuk berkarya atas kertas. Ni pulak lukis pakai air kopi? Memang awesome.