Done. 2 dos vaksin. Punya la lama nak tunggu selesai dengan urusan vaksin ni. Dulu aku antara yang terawal berebut vaksin AZ masa diorang open untuk pendaftaran. Tapi last-last aku antara yang terakhir dapat dos kedua. Hahaha.
Tapi tak jadi isu pun sebenarnya lambat dapat dos kedua AZ ni. Mat saleh kata “save the best for last“.. gittew. Hahaha. Asalkan dapat 2 dos, dah lega sikit la kan dapat bebas bergerak sana sini.
Yang penting nak daftar pergi masjid pun dah boleh. Kebarangkalian untuk diterima untuk solat berjemaah lagi tinggi berbanding orang yang tak vaksin.
Korang taknak vaksin? Ikut korang lah. Malas nak berdebat. Sampai mati tak habis. Hahaha.
By the way, entri ni just sebagai catatan peribadi je. Sebab hari ni dah officially dah habis tempoh menunggu 14 hari. Jadinya Digital Certificate vaksin pun dah bertukar warna jadi oren.
Bagi aku.. Cantik aturan Allah. Aku dah dapat vaksin dos kedua, start esok Selangor dah masuk PPN fasa 3. Heee. Tapi walau apapun, fasa 3 tak fasa 3.. masih kena berhati-hati jugak dengan Covid19 ni. Tak boleh leka. Kalau kena, merana.
JOHOR pun dah fasa 3.
Apapun, bersyukurla aje jawabnya.
Hahah