in

Perbezaan Domain Dan Hosting


Rasanya still ada blogger-blogger yang masih tak tahu tentang perbezaan diantara domain dan hosting. Biar Hafiz terangkan secara ringkas.

Domain – Boleh dianggap seperti alamat rumah kita.
Hosting – Ruang untuk kita menyimpan segala barangan di dalam rumah tersebut.

Gambaran idea domain dan hosting

hosting and domain

Bila kita register sesuatu domain, kita akan mendapat hak mutlak keatas nama tersebut. Tak akan ada orang lain yang mempunyai access kepada nama tersebut selain kita sendiri sahaja. Domain terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Domain free – Tak payah bayar, nama pun free. Cuma url akan menjadi agak panjang dan kadang-kadang pembaca susah nak ingat. Ada juga yang berpendapat, domain free ini tidak menunjukkan ke-serius-an berblogging.

Contoh:
namaaku.blogspot.com
namaaku.wordpress.com
namaaku.tripod.com

Domain berbayar – Kena bayar bulanan atau tahunan. Bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Kelebihannya, url akan jadi lebih pendek dan mesra alam. Pembaca pun senang nak ingat. Macam HR bila dah ada domain sendiri, itu untuk kepuasan diri. Dari dulu HR inginkan blog yang ber dotcom kan nama sendiri.

Contoh:
namaaku.com
namaaku.com.my
namaaku.org

Walaubagaimanapun, dengan domain sahaja kita tak boleh terus operasi kan sesebuah blog. Apa yang kita perlukan seterusnya ialah sebuah hosting.

Seperti yang diterangkan secara ringkas sebentar tadi, hosting adalah tempat dimana kita menyimpan barangan. Maksudnya segala data sama ada gambar, text, coding, video, lagu dll akan diletakkan didalam hosting. Hosting juga terbahagi kepada dua jenis:

Hosting free – Percuma. Tak keluar satu sen pun. Tak memerlukan knowledge IT yang tinggi. Biasanya didatangkan dengan fungsi pembinaan web yang mudah. Cuma kita terikat dengan peraturan yang lebih ketat. Hak milik hosting tersebut bukan hak milik kita sepenuhnya.

Hosting berbayar – Kena bayar bulanan atau tahunan, bergantung kepada pakej. Perlukan knowledge yang tinggi dalam IT. Fungsi lebih advance disediakan. Lebih bebas. Lebih banyak coding yang boleh diguna pakai. Spesifikasi tinggi berbanding hosting free (bandwith besar, kapasiti storage tinggi, server laju dll)

Rasanya cukuplah kot penerangan ringkas tentang domain & hosting. Peace yoo.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

24 Comments

Leave a Reply
  1. Kalau ada member2 yang tanya apa tu hosting, apa tu domain, saya suruh dorang refer pada entri nie jelah nanti. Malas nak jawab sendiri, hahaa.

  2. Skang nie kalau dapat pakej bandwith UNLIMITED memang sedap laaa….tapi harga pulak jadi kira-kira….

  3. perkongsian yang berguna dan mudah untuk faham. Terima kasih di atas perkongsian ini. Salam kenal dari Adib Site

  4. salam.. di antara hosting blogspot dan wordpress, mana yang lebih baik? saya bercadang untuk menukar kepada domain dot com yang berbayar, namun tidak tahu caranya..

  5. as’kum hafiz , saya nak minta tunjuk ajar, saya memang dah lama nak buat satu website sendiri seperti mudah.com, tapi saya x de kemahiran melibatkan IT. senang cerita im alone.
    soalan?
    1 ) Berapa minimum kos untuk memiliki website yg setaraf dgn mudah.com?

  6. Assalamualaikum Hafiz,
    Saya blogger baru.Nak tanya,kalau saya beli domain,tapi tak beli web hosting,maksudnya web hosting saya adalah blogspot la kan?

Leave a Reply to BeritaKaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *