in

DIY Pasang Tag RFID


Lately banyak cerita tak sempat cover. Busy dan penat jadi faktor utama. So hari ni bila dah ada masa sikit, aku cuba ambik masa untuk kembali cergas menaip. Cerita terbaru, aku dah pasang kat kereta tag RFID baru. DIY je.

Actually kalau ikutkan, kereta aku sebelum ni memang dah terpasang pun tag RFID. Sejak 2018 lagi dah ada sebab aku join pilot project diorang masa awal-awal diumumkan dulu. Tapi malangnya tag RFID aku tu dah rosak. Sebabnya.. technician pasang tag RFID tu kat headlamp. Kena pulak headlamp vios ni jenis melengkung, jadi gam pada tag tu tak tahan dan cepat terkopak sekaligus merosakkan cip kat tag RFID tu.

Dan oleh kerana penggunaan RFID ni memudahkan urusan aku, tak kurang juga sebab dalam news pun dah maklumkan bahawa perlaksanaan RFID akan diperluaskan ke tol-tol PLUS Utara-Selatan pulak, makanya dengan rela hati aku cepat-cepat dapatkan pengganti tag RFID yang baru.

Tag RFID baru ni aku beli melalui Shopee je pun. Rezeki dapat beli masa harga murah, RM25+ dah dapat. Jadi jimatlah beberapa ringgit berbanding harga standard. Hee.

Pemasangan sendiri secara DIY pun tak susah. Korang boleh pilih sama ada nak tampal pada headlamp ataupun windscreen. Tapi.. memandangkan aku dah ada pengalaman pasang tag RFID pada headlamp ni tak tahan lama, jadi kali ni aku tukar tempat dan pasang tag RFID tersebut atas windscreen pulak.

Selepas tag RFID dipasang pada windscreen. Dengan hanya menggunakan aplikasi TNG ewallet kat smartphone korang, scan bar code yang disediakan untuk aktifkan tag RFID. Kemudian secara automatik tag RFID ni akan dipautkan pada akaun TNG ewallet korang.

Cumanya kalau korang dah pernah pakai RFID tag dan tag RFID tu rosak macam aku punya yang dulu tu.. so korang kena deactivate dan remove dulu la tag RFID yang lama. Nak deactivate dan remove tu kena buat menerusi portal rfid.touchngo.com.my.

Hanya selepas tag RFID lama tu tak aktif barulah korang dibenarkan untuk aktifkan tag RFID yang baru.

So itu lah sedikit sebanyak cerita aku pasal RFID ni. Personally tak rasa benda ni menyusahkan pun. Cuma untuk segelintir orang, maybe rasa terbeban sebab tak pernah guna. Yela, benda baru kan.. memang take times untuk biasakan diri. Betul tak?


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *