in

DIY Nasal Aspirator Untuk Bayi


Aku pernah beli nasal aspirator masa Khair kecik dulu. tapi sekaranga dah hilang tak tahu ke mana. Lupa tempat simpan. Mungkin juga dah terbuang.

Nak beli balik rasa macam bazir duit je sebab benda tu kecik cenonet je pun.

Timbul idea bila Haziq selsema tempoh hari, aku DIY je nasal aspirator guna tiub topeng nebulizer yang dapat free masa buat treatment batuk kat KPJ tempoh hari.

Boleh buka cuci bila dah habis guna.
Boleh agak sendiri nak panjang mana tiub tu. Lagi panjang tiub, lagi penat nak sedut. Haha

Cucuk pada dua lubang di tebuk pada penutup botol mineral dan siap. Boleh recycle guna sampai lebam. Jimat. Hehehe.

By the way, kalau korang tak ada tiub tu boleh je cari kat petshop. Cakap je nak tiub untuk pam oksigen aquarium. Cuma kalau tiub tu mungkin besar sikit la kot, so lubang yang nak dikorek pun nanti kena besar sikit.

Tapi fungsinya masih sama.. iaitu sedut hingus anak. Hehehe


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *