Disaman RIAA, Selamat Tinggal YouTube-MP3.Org!

Sebelum ini, kebanyakan lagu boleh dimuat turun dengan mudah melalui laman-laman Torrent. Namun, selepas kebanyakannya dikenakan tindakan saman oleh pemilik harta intelek, bilangannya semakin berkurang.

Terkini, pemilik-pemilik harta intelek bertindak lebih agresif dengan mula menyerang laman web yang menyediakan servis penukaran format video kepada .mp3 pula. Salah satu laman web popular yang dikenakan tindakan adalah YouTube-MP3.org.

Dikhabarkan bahawa pemilik laman web, Philip Matesanz ini disaman oleh RIAA (Recording Industry Association of America) kerana pelanggaran hak cipta.

Sebagai jalan penyelesaian kepada kes saman tersebut, hak milik laman web beliau telah berpindah tangan kepada pihak RIAA. Sehubungan dengan itu, menyebabkan perkhidmatan mengubah video ke Mp3 melalui laman tersebut tidak lagi berfungsi.

Secara teknikalnya, pengguna masih boleh melayari laman web. Namun sekiranya pengguna cuba untuk mengubah video, notis penyelenggaraan akan dipaparkan.

p.s: Nampaknya pengguna berkurangan satu lagi sumber untuk mendapatkan mp3 secara “haram”. Tak mustahil, dalam masa yang terdekat akan ada lagi laman-laman sebegini yang dikenakan tindakan yang sama. Akan tetapi, kita kan hidup di dunia tanpa sempadan. Patah tumbuh silih berganti. Betul tak? Hohoho

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *