Simple tapi tak menjengkelkan. Tahu tak apa yang aku maksudkan? Kalau tak tahu, aku nak share tentang satu fungsi yang best dalam plugin ni.. WP Content Copy Protection & No Right Click.
Aku tahu ramai diantara empunya blog atau portal yang nak protect content masing-masing. Tapi kalau dah sampai satu tahap viewer nak right click pun tak bagi, aku rasa itu dah jadi satu benda yang menjengkelkan. Sorry. Hohoho.
Common practice aku bila baca sesuatu blog atau portal, aku suka buka tab banyak-banyak. Dan apabila aku nak buka sesuatu tab untuk entri-entri yang aku ingin baca, aku akan right click. So, bila mana fungsi right click disabled. Aku dah mula rasa tak best, yang turut akan mempengaruhi mood aku untuk terus membaca.
End up, mungkin aku akan blacklist atau jarang-jarang masuk blog itu lagi.
Disebabkan aku tak mahu korang hilang reader setia macam aku, I put my effort untuk kongsikan tutorial yang power ini. Tutorial ini (khas untuk pengguna WordPress) mampu menghalang seseorang daripada copy content daripada blog atau portal korang dan dalam masa yang sama, ia TIDAK menghalang orang lain untuk right click.
Caranya.. mudah je.
- Pergi ke Plugins > Add New
- Search WP Content Copy Protection & No Right Click
- Install dan activate
- Follow setting dibawah.
- Save Settings.
Yeah. Siap sudah korang follow tutorial yang cukup power ini. Mulai sekarang, blog korang takkan menjengkelkan insan seperti aku lagi. Tahniah.
So, kalau korang jumpa blog-blog ataupun portal WordPress yang aku mentioned “buat benda yang menjengkelkan” tu. Share tutorial ini pada diorang okay.Semoga selepas itu blog korang makin disukai ramai. Aminnn.
p.s: Siapa dah follow tutorial ni? Cuba komen kat bawah.
tak buat ‘benda yang menjengkelkan’ tapi lepasni nak cuba tuto atas ni la
yess true, kita tak suka bc blog yang disable right click hehe.
bagi Qekra suka chare apa yg org lain share.
And best practice kita bagi credit pada penulis tu..
betul jg tu.. buat simple2 je janji tak nyusahkan reader
wp lisa tak buat lagi .. kalau bs lisa mmg buat disable copy hahaha.
sehingga sekarang saya belum buat lagi ..
kalau kena C & P kira sedelah jelah