Dalam hati dah terbayang-bayang untuk menghirup udara segar di New Zealand.
Dalam hati dah terbayang bermandi manda air laut yang sejuk di pantai Gold Coast, Australia.
Dalam hati dah terbayang untuk bershopping sakan di Jogjakarta.
Dalam hati juga dah terbayang untuk honeymoon di pantai Bali bersama pasangan yang bakal dinikahi bulan depan.
Tetap.. setibanya dilapangan terbang, korang dikejutkan dengan ayat ini..
Encik/Cik, awak tak dibenarkan keluar Malaysia. Sila pusing dan balik semula ke rumah.
Huh?
What?
Hellooo.. Persiapan rapi dah buat hokay. Tiket aku beli mahal ni! Kenapa tak boleh keluar pulak?
…
…
…
…
Jawapannya..
Haa.. Ini dia.
Dilarang mencemar nama baik, memperlelehkan ataupun perkataan yang lebih sesuai dan mudah difahami.. mengejek kerajaan.
Jika salah satu perkara diatas korang lakukan, maka korang akan terima akibatnya.
Fuhhh..
Jadi.. mulai daripada hari ini, sila berhati-hati ya kawan-kawan. Nak marah, tak puas hati, freedom of speech??.. Elakkanlah daripada publish benda-benda yang tak sepatutnya di public. Silap haribulan menyesal tak habis.
Jangan terlalu ikutkan perasaan, sila muhasabah diri masing-masing. Dan.. Sabarrr.
Yang paling penting sebelum plan nak beli tiket murah AirAsia, rajin-rajinkan lah diri buat semakan terlebih dulu dilaman web Jabatan Imigresen untuk mengetahui status kawalan Imigresen korang.
By the way, tak dibenarkan keluar negara bukan sebab korang kutuk kerajaan je, tapi juga kalau korang dah diisytihar bankrap, berdepan kes guaman atau disenarai hitam oleh PTPTN pun tak lepas juga sebenarnya.
looorrr… syarat baru ke? hahahaa.. lawak pulak.. maybe risau kalau keluar negara, nama malaysia diburukan kat sana kot.. ingatkan tak bayar ptptn jer tak boleh fly..
lor sampai macam tu sekali..
Wah …separah itukah persyaratan mau keluar negeri?? Harap berhati2 ni ….