in ,

Digi WWWOW Awards Datang Lagi!


Ya, Digi WWWOW Awards datang lagi. Tapi tahun ini dengan sedikit kelainan.

Daripada 2 tahun lepas aku mengikuti perkembangan award ini, apa yang aku perasan.. tahun ini konsep yang diketengahkan agak sedikit berbeza.

Sesuai dengan trend masa kini, jika tahun lepas award yang dipertandingkan hanya mempunyai 3 kategori iaitu Commerce, Content dan Community.. tetapi pada tahun 2015, ia kembali diperbanyakkan dan ianya juga merangkumi semua aspek sosial media. Diantara kategorinya adalah:

  1. Videos & Photography
  2. Social Influencers
  3. Independent Publishers
  4. Web commerce
  5. Mobile app commerce
  6. Social media commerce
  7. Social impact
  8. Social gathering

Hohoho.. Nampak tough kan? Aku sendiri pun tak tahu blog hafizrahim.com termasuk di dalam kategori yang mana satu.

Buat korang yang belum pernah mengetahui secara asas tentang award yang aku ceritakan ini, secara asasnya ia merupakan satu pertandingan. Satu pertandingan dimana ianya juga merupaka majlis penganugerahan bagi penggiat sosial media tempatan bagi mereka yang terbaik diantara yang terbaik.

DiGi WWWOW Award 2015

Penyertaan adalah bebas dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tidak kisah sama ada korang ingin calonkan adik beradik, rakan sepasukan, rakan karib, rakan lepak-lepak, rakan sekolah ataupun rakan kongsi.. calonkan saja dalam kategori mana yang dirasakan sesuai. Semua itu tidak menjadi masalah, kerana.. untuk melepasi kelayakan, saringan akan dilakukan oleh pihak penganjur.

Dan kebiasaannya, calon-calon yang bertanding akan dipilih berdasarkan originaliti content, tahap populariti serta unik dan berkualiti.

Untuk makluman, dua tahun yang lalu blog hafizrahim.com juga pernah tersenarai di dalam Digi WWWOW Awards. Tercalon di dalam kategori Top 50 Blogger of The Year.

Tetapi..apakan daya..

Top blogger Malaysia

Nasib tidak menyebelahi aku, malah blog pun baru setahun jagung. Akhirnya kalah dimedan peperangan. Terpaksalah berpuas hati apabila hanya terpilih untuk memasuki kumpulan top 50 sahaja. Hehehe.

Oh ya..

Bercerita tentang Digi WWWOW awards ini juga, terdapat satu kategori baru yang menjadi tumpuan aku, iaitu mobile app commerce.

Selaras dengan trend masa kini, aku percaya ramai orang diluar sana yang telah menjalankan bisnes masing-masing menggunakan mobile apps commerce bukan?

Pada pendapat aku, mobile apps commerce ini sangat bagus untuk diketengahkan kerana, ia mempunyai potensi yang besar dalam menjadi hub perniagaan online.

Ya lah, majoriti sekarang kan semua orang online guna smartfon. Jadi, dengan adanya mobile app commerce, tak perlu lah lagi kita susah-susah nak masuk website itu ini kan. Cuma klik pada applikasi, terus boleh cari barang apa yang dimahukan. Contoh terbaik; Zalora dan Uber.

Zalora merupakan applikasi online untuk baju-baju fesyen terkini, manakala Uber pula applikasi untuk korang mendapatkan servis pengangkutan dengan mudah. Jimat masa, jimat tenaga. Betul tak?

Dan, kalaulah satu hari nanti aku ada modal. Aku pun bercadang nak keluarkan satu mobile app commerce juga. Ideanya, sebuah applikasi smartfon untuk personal shopper.

Melalui applikasi tersebut, pengguna boleh login, request barang apa yang hendak dibeli, buat pembayaran, kemudian aku akan delivery barang tersebut terus ke depan pintu rumah. Ala-ala syarikat courier. Amacam? Style tak idea aku? Jangan cilok okay. Hahaha.

So, berbalik semula kepada topik Digi WWWOW Awards tadi. Rasa-rasanya ramai diantara korang yang dah super excited untuk nominate calon masing-masing kan. Hadiah bukan murah ye, RM10,000 bagi setiap pemenang kategori.

Dan bukan setakat duit je, award ini juga merupakan satu pentas percuma untuk korang mempromosikan jenama. Ehem.. ehem.. masa ni lah korang kena pandai ambil peluang untuk nominate jenama korang sendiri. Manalah tahu nanti bila dah masuk top 50 ke, top 10 ke, ataupun jadi pemenang terus, tentu-tentu korang akan dapat liputan yang meluas dari media. Kan?

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari www.wwwow.my dan jangan lupa kongsikan sokongan anda melalui hashtag rasmi #DGWWWOW.

Peringatan – Tarikh-tarikh penting berkenaan dengan Digi WWWOW Awards 2015 adalah seperti berikut:

  • Penyertaan dan pencalonan boleh mula dibuat pada 14 September sehingga 12 Oktober 2015.
  • Undian orang ramai akan dibuka pada 19 Oktober sehingga 30 Oktober 2015.
  • Pemilihan dan pengadilan oleh para juri profesional pada 13 Oktober sehingga 12 November 2015.
  • Dan akhir sekali, pengumuman para pemenang dan malam penganugerahan pada 20 November 2015.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

23 Comments

Leave a Reply
  1. morning bro hafiz. PG memang tahu pasal awards ni. Good luck untuk bro hafiz tau. da masuk dalam top 50 pun, da bersyukur for me. untuk bro hafiz, idea tu memang mantap da. tinggal nak jayakan nya lagi. Good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *