in

Diet Untuk Penghidap Diabetes (Kencing Manis)


Diabetes adalah salah satu penyakit kronik yang paling biasa dihidap oleh rakyat Malaysia. Kunci kepada penyakit ini adalah pemakanan. Pengambilan gula yang berlebihan secara kerap akan meningkatkan risiko individu tersebut untuk menghidap penyakit yang boleh membawa maut ini.

Berkongsi info mengenai penyakit diabetes ataupun lebih dikenali sebagai kencing manis ini, seorang dietitian yang bernama Jazlina Syahrul telah memuat naik perbincangan ringkas akan cara pemakanan pesakit diabetes.

Diet Diabetes

  1. Untuk pesakit diabetes, regular check up ke klinik kesihatan adalah PENTING. Jangan tinggalkan/skip appointment anda ke klinik
  2. Perkara pertama dalam pemakanan bagi pesakit diabetes adalah waktu makan. Makan utama (sarapan/tengah hari/malam) adalah WAJIB.
  3. Waktu makan yang tetap sangat penting untuk membantu pengawalan paras gula dalam darah. Regular meal timing!
  4. Ada yang rasa, bila ada diabetes kena kurang makan. Skip makan, makan sekali je sehari. Its a big NO. Consistent meal timing is the key.
  5. So second point makanan yang mempengaruhi paras gula dalam darah adalah karbohidrat. Berikut sumber makanan karbohidrat.
    Karbohidrat lepas dicerna dalam sistem penghadaman, akan dicernakan menjadi glucose. Jadi pengawalan karbohidrat penting untuk mengawal paras gula dalam darah. Pengambilan secara konsisten adalah kuncinya. KECUALI ikan, kerana ikan adalah sumber protein.
  6. Secara umumnya, pengambilan karbohidrat semasa makan utama (sarapan/tengahari/malam) adalah antara 3-4 unit setiap kali makan. Berikut adalah saiz utk satu unit.
    Contoh: Tadi untuk setiap kali makan utama 3-4 unit.

    • Sarapan: Ambil 3 keping roti = 3 unit + susu satu gelas = 1 unit, total = 4 unit.
    • Tgh hari/malam: Satu setengah cawan nasi = 3 unit + 1 hidangan buah = 1 unit, total = 4 unit.
    • Untuk snacking (minum pagi/minum ptg) boleh ambil 1-2 unit karbo. Contoh: 1-2 keping roti @ 3-6 keping biskut.
  7. Mitos: Betul ke pesakit diabetes boleh makan epal hijau je? SALAH! Pesakit boleh makan buah-buahan lain tapi kena control portion yang diambil. Disarankan sehari 2 unit buah-buahan (saiz hidangan seperti yang dikongsi diatas). Tapi perlu dimakan pada waktu berasingan kerana terdapat gula semulajadi (fructose) didalam buah. Apabila diambil dua unit sekali gus, dikhuatiri paras gula dalam darah cepat naik.
  8. Kalau nak buat jus? Boleh tapi kena ikut portion size. Ada orang biasa blend jus 3 biji epal sekali gus (katanya nanti tak manis). NO!
  9. Dan kalau nak blend buah, jangan dibuang serat/hampasnya. Rugi! Kerana hampas itu adalah serat.

Jadi kesimpulannya, diet untuk pesakit diabetes pengawalan karbohidrat secara konsisten sangat PENTING untuk mengawal gula dalam darah. Ianya bukan boleh suka dikurangkan atau suka-suka ditambah. Contoh: kurang makan nasi tetapi lebihkan makan buah. Tetapi gula dalam darah masih tak control.

Jadi bagi sesiapa yang menghidap kencing manis ataupun mak ayahnya yang menghidap kencing manis, sila berjumpa dengan dietitian. Penerangan ini hanya dikongsikan secara umum, tetapi keperluan badan setiap orang berbeza-beza. Individual diet counseling adalah lebih tepat dan praktikal.

Selorohnya lagi, sebab tu dietitian tak boleh lari dari kalkulator. Banyak kena kira, kira dan terus mengira. Sampai disini sahaja perkongsian ini. Semoga bermanfaat untuk semua. #MedTweetMY


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *