Dah rasa macam seronok pula.
Kali pertama derma darah, pada tahun lepas. Tahun ni, derma lagi.
Sekali derma 450ml, yakni bersamaan dengan sukatan maksimum bagi mereka yang berkemampuan untuk menderma darah.
Alhamdulillah.. Dalam hati, terasa puas. Daripada terus menggemukkan diri, at least dapat jugak aku membantu mereka yang memerlukan (eh macam takde kena mengena je dengan derma darah.. hahaha).
Satu pack penuh darah.. Okay dah tu. Alang-alang darah aku jenis O (penderma universal), derma je selagi boleh.. mana tahu esok lusa ada orang nak guna. Lagipun, derma banyak-banyak kali ni ada kelebihan juga kalau tiba-tiba kena masuk wad hospital kerajaan.
Fakta derma darah
Setiap sumbangan darah sebenarnya membantu 3 nyawa:
- Penerima sel darah merah, iaitu bagi mereka yang kekurangan hemoglobin seperti pesakit buah pinggang dan kanser.
- Penerima platelet, iaitu pesakit yang mengalami kekurangan platelet seperti demam denggi dan leukemia.
- Penerima plasma, iaitu pesakit yang mengalami pendarahan semasa bersalin, melecur kebakaran ataupun pendarahan ekoran kerosakan hati.
Next year.. Insha-Allah, rasanya macam nak volunteer lagi. Tapi kena tunggu 6 bulan dulu, biar sel-sel darah yang ada dalam badan ni recover dulu.
p.s: Derma darah lagi bagus daripada derma dara. Eh.
i like post , thanks
derma itu apa sih ?
derma dara, hisap dada itu bahasa menteri kerja raya yang lama 🙂
tajuk post bikin suspen.. heheh