in

Deposit Duit Syiling Di Tabung Haji


Sebelum ini aku pernah kongsikan info bagaimana untuk deposit duit syiling di Maybank Fasa 1 Bangi. Malangnya, cawangan Maybank yang aku maksudkan itu kini telah ditutup operasinya.

Selain daripada Maybank tersebut, aku difahamkan Tabung Haji di Putrajaya juga menyediakan servis yang sama dimana mesin CoDM (Coin Deposit Machine) diletakkan bagi pelanggan memasukkan duit syiling untuk disimpan kedalam akaun Tabung Haji.

Nak dijadikan cerita.. Disebabkan syiling kat rumah ni dah melimpah ruah, aku bertemankan Khair ke sana.

Lokasi Tabung Haji Putrajaya ini terletak betul-betul di sebelah Masjid Besi Putrajaya. Kalau korang tak tahu kat mana, ianya berdekatan dengan Dataran Putrajaya.

Proses mendepositkan duit syiling melalui mesin CoDM di Tabung Haji juga tidak jauh berbeza daripada mesin CoDM Maybank yang pernah aku gunakan dulu, yang mana pelanggan hanya perlu memasukkan duit syiling ke dalam mesin CoDM.

Mesin CoDM layan diri.
Tak sangka dapat menabung duit syiling sebanyak ni. Hahaha

Kemudian, resit dengan jumlah kiraan duit syiling akan diberikan untuk proses pengesahan dikaunter. Mudah, cuma tempoh menunggu panggilan di kaunter sedikit lama kerana ia juga melibatkan orang lain yang ingin membuat urusan di bank.

Jadi, in case nak elakkan menunggu lama. Kena pandai cari masa orang tak ramai datang.

p.s: Sepatutnya Tabung Haji cawangan Bangi juga turut menyediakan mesin CoDM. Tapi malangnya ketika aku berkunjung ke sana pagi tadi, mesin tersebut rosak. Dan percubaan aku ke Maybank Islamic Seksyen 9 Bangi pula, aku diminta untuk meninggalkan duit syiling tersebut untuk pengiraan secara manual sekiranya ingin didepositkan ke dalam aku, kerana mesin CoDM di Maybank itu juga telah tidak lagi digunapakai.

Nota: Compare dengan Maybank yang aku pernah pergi dulu, penukaran syiling di Tabung Haji tidak dikenakan sebarang caj.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *