Deposit Duit Syiling Di Maybank

Alang-alang dah pergi Maybank tukar hasil tabung oren beribu-ribu ringgit tempoh hari, sempat juga aku mencuri masa untuk pergi menukar duit syiling yang menggunung di rumah.

Transaksi penukaran syiling yang menggunakan mesin deposit syiling sebenarnya sangat mudah untuk digunakan.

Mesin deposit syiling-Coin Deposit Machine

Apa yang perlu dibuat hanyalah dengan memasukkan duit syiling ke ruangan yang disediakan di mesin tersebut. Kemudian, biarkan mesin itu mengira.

Tukar duit syiling

Tukar duit syiling di bank

Sesudah selesai proses pengiraan, satu salinan resit akan dikeluarkan bagi menyatakan berapa nilai keseluruhan duit syiling yang telah didepositkan.

Deposit syiling di Maybank

Resit itu pula kemudiannya hendaklah diserahkan kepada pegawai bank yang bertugas di kaunter (untuk proses pengesahan). Siap!

Dan sekiranya semua berjalan dengan lancar, nilai yang dipersetujui akan dikreditkan ke dalam akaun bank pada hari yang sama.

Perlu diketahui bahawa, bagi setiap pengiraan 1000 keping duit syiling, caj RM10 dikenakan.

Maksudnya disini, dalam kes transaksi yang aku lakukan, terdapat 2000+ keping duit syiling (termasuk duit 5 sen baru), maka untuk itu RM20 telah ditolak dari nilai keseluruhan duit syiling yang aku bawa (servis caj).

Kesimpulannya disini.. Okay jugak lah bank wujudkan servis macam ni. Bukan apa, cepat dan memudahkan pengguna. Kalau nak harapkan orang macam aku pergi tukar syiling dekat kedai runcit, entah bila lah nak pergi. Hehehe.

p.s: Cuma satu je tak best.. Kalau nak deposit syiling, kena datang hari kerja je. Sebab.. weekend, semua kaunter tutup.

Nota: Transaksi dilakukan di Maybank Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Sehubungan dengan itu, servis caj serta proses deposit syiling yang diterangkan mungkin sedikit berbeza berbanding bank-bank serta cawangan-cawangan yang lain. Untuk senarai penuh bank-bank yang mengambil bahagian, sila rujuk senarai mesin deposit syiling seluruh Malaysia.

Update terbaru: Maybank cawangan Seksyen 16 telah ditutup. Untuk melakukan penukaran duit syiling, urusan boleh dilakukan di cawangan Maybank Islamic Seksyen 9, berdekatan dengan Masjid Al-Hasanah (Masjid Hijau).

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

10 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dua Bajet 2016 Yang Anda Perlu Beri Perhatian

Lagenda ‘Dawn Raid 1981′ Yang Menggegarkan Negara