in

DC Comics Dan Marvel Mempunyai Watak Yang Hampir Sama


Seperti yang dapat kita lihat dari satu filem ke satu filem yang lain, Marvel dan DC Comics adalah contoh terbaik persaingan sihat. Masing-masing mempunyai watak-watak superhero dan penjahat yang hampir sama, namun garapan jalan cerita berlainan yang diketengahkan membuatkan watak manakah yang lebih menonjol dan bersinar.

Antara watak yang paling ketara dapat dilihat persamaannya adalah Quicksilver (watak oleh Marvel) yang baru-baru ini dipertontonkan dalam filem The Avengers: Age of Ultron, manakala Flash (watak oleh DC Comics) lebih popular melalui siri televisyen The Flash. Masing-masing mempunyai keupayaan yang sama, iaitu mampu berlari pantas dengan kelajuan supersonic.

Selain daripada kedua watak ini, masih ada beberapa lagi watak yang mempunyai keupayaan yang sama cuma berlainan nama – gambar di atas adalah gambar Deadpool dan juga Deathstroke. Dan yang agak melucukan, ada outfit yang disesuaikan kepada watak-watak ini juga hampir menyerupai satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, mari kita lihat watak-watak yang dimaksudkan dan bilakah ia mula dicipta.

Persoalannya, siapa mulakan dulu? Siapa tiru siapa? Hehehe

p.s: Nyatakan pilihan korang. Bagi aku, Marvel masih terbaik, walaupun ada sesetengah watak daripada DC Comics lebih menyerlah (seperti Superman dan Batman), namun penceritaan yang dibawa oleh Marvel selalunya lebih cool dan gempak.

Sumber: Nonsolohobby


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *