Usia Khair dah 5 tahun 4 bulan. Satu benda yang aku cukup kagum bila aku jejak kaki ke rumah petang semalam bilamana mendengar dia jawab soalan yang mak aku sengaja soal.
“Abang Khair, nombor telefon daddy berapa?”
Tanggapan awal aku mengatakan mesti dia tak boleh jawab, termenung memikirkan jawapan walaupun aku tahu sejak 4-5 hari ni dia kerap menelefon aku bila tiba waktu nak balik kerja.
Tapi, nak dijadikan cerita.. tanggapan aku itu salah sama sekali.
Selepas ditanya, secara spontan dia menjawab,
“016.. 21.. 2 dot.. dot dot dot”
Wow. Tepat. Cuma ada sela masa diantara dua tiga nombor. Aku tergamam. Aku pandang wajah mak aku, lalu mak aku berkata,
“Dia memang dah ingat dah pun. Hari tu bagitahu dia sekali je, terus dia ingat”
..
..
..
Hohoho. Mengagumkan. Rasa tak percaya dengan kebolehan anak sendiri. I really don’t see that coming.
Dan seolah rasa tidak puas hati, tergerak hati aku untuk menguji Khair lagi lalu disuruh menelefon ibu pula. Dan buat pertama kalinya, nombor telefon ibu diberitahu secara lisan kepada Khair.
Tik tok tik tok..
Khair telefon ibu.. bersembang.. kemudian panggilan telefon dimatikan.
..
..
Fast forward.. Selang beberapa puluh minit ketika ingin menjemput ibu pulang dari tempat kerja.. giliran aku menyoal Khair didepan ibunya.
“Abang Khair, nombor telefon ibu berapa?”
Ketika itu dia yang sedang khusyuk melayan game di telefon, dengan perasaan acuh tak acuh menjawab soalan daddy,
“016.. 21.. 2 dot.. dot dot dot”
..
..
Ahaa.. Kali ini giliran ibu pula memandang aku dengan muka kagum.
Dalam hati daddy berkata, “Hebat abang Khair. Kuat betul daya ingatan dia. Bagitahu sekali terus ingat. Daddy surrender. Hahaha.
Wahh bagus khair . Bijakk matematik bila dah sekolah nanti ni
good boy abg khair.. dah pandai la sebab ada adik kan.. senang nak ngadu kat dedi kalau adik buli hihiii
khair.. ce tanya ayah, no ic ibu.. agak2 ingat tak ? hahaha
Tak bagitau dia no ic. nnt dia bagitau orang lain naya oo. hahaha
Bagusnya abang Khair. Anak-anak ni memang mudah tangkap dengan cepat kalau dia fokus
Masya Allah, semoga Abang Khair bisa hafal Al-qur’an kelak…